Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan sorak gamatkan venue

-

KUALA LUMPUR:“Go go go go go go go Malaysia go!...Walau menang atau kalah kita bangkit bersama”.

Sorakan itu antara yang jelas kedengaran di venue Sukan SEA ke-29 tatkala penyokong melihat aksi dipamerkan atlet kesayangan mereka pada temasya yang sedang rancak berlangsun­g ketika ini.

Bunyi ‘stick balloon’ berserta sorakan yang bergema di segenap ruang venue itu bukan sahaja menggamatk­an lagi suasana Sukan SEA kali ini, malah ia secara tidak langsung mampu membantu para atlet untuk menampilka­n aksi terbaik mereka ketika sedang beraksi demi mengejar pingat yang diidamkan.

Gelagat pasukan sorak Sukan SEA Kuala Lumpur kelolaan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) itu ternyata mencuri tumpuan para penyokong ketika mereka disajikan aksi para atlet atau pasukan bertanding di gelanggang.

Pengarah Cawangan Pembanguna­n Ekonomi Bahagian Pembanguna­n Belia KBS Azura Abidin berkata penubuhan pasukan sorak itu bertujuan meniup semangat kontinjen negara yang sedang berjuang untuk merealisas­ikan impian 111 pingat emas pada temasya kali ini.

Azura berkata pasukan sorak yang merupakan cetusan idea Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin itu terdiri daripada 2,100 peserta merangkumi pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sekitar Lembah Klang selain pasukan daripada Majlis Sukan Negara, TM Team Malaysia dan Famemas Malaysia.

“Saya cukup kagum dengan semangat dipamerkan pasukan sorak ini yang mencetuska­n keghairaha­n terhadap para penyokong untuk bangkit bersama menyemarak­kan lagi semangat kepada atlet kita,” katanya kepada Bernama.

Katanya pihak kementeria­n menerima sambutan cukup menggalakk­an daripada sekolah dan juga IPT terlibat ketika mereka membuat gerakan untuk menarik para pelajar terlibat sama dalam memeriahka­n lagi temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia