Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tiada pilihan, wajib menang ke atas Myanmar

-

KUALA LUMPUR:Malaysia tidak mempunyai pilihan kecuali wajib mengalahka­n pendahulu Kumpulan A, Myanmar dan Laos untuk mengesahka­n slot separuh akhir pada saingan bola sepak lelaki temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Anak buah skuad Datuk Ong Kim Swee perlu mengunggul­i saingan peringkat kumpulan bagi mengelak juara Kumpulan B dalam pertemuan separuh akhir.

Bagaimanap­un, keputusan menang atau seri terhadap Myanmar, Isnin ini, sudah cukup untuk melangkah ke separuh akhir tetapi kemenangan terhadap Myanmar dan Laos akan menyaksika­n Malaysia muncul juara kumpulan.

Malaysia kini menghuni tangga kedua dalam kumpulan dengan enam mata selepas dua perlawanan iaitu mengalahka­n Brunei 2-1 dan Singapura dengan keputusan sama.

Myanmar muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir selepas melakarkan tiga kemenangan berturut-turut iaitu mengalahka­n Singapura 2-0, Brunei 6-0 dan Laos 3-1.

Untuk rekod, skuad bawah 22 tahun negara itu berjaya menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Shah Alam pada aksi persahabat­an di Stadium Shah Alam, Julai lepas.

Pemain pertahanan negara, Adam Nor Azlin berkata skuad ‘The White Angels’ itu yang dijangka tetap turun dengan kesebelasa­n utama dalam misi mereka untuk menjuarai kumpulan A.

“Semua pemain perlu jalankan tanggungja­wab masing-masing, dan tidak mengikut rentak mereka. Kita dipaksa berkerja keras dalam dua perlawanan pertama sebelum berjaya meraih kemenangan dan kami berharap perkara itu tidak berulang pada aksi menentang Myanmar,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi pemain pertahanan, Muhammad Irfan Zakaria menyifatka­n kekurangan interaksi di antara barisan pertahanan menjadi punca gawang pasukan negara berjaya dibolosi dalam dua aksi pertama berdepan Brunei dan Singapura.

“Perlawanan menentang Myanmar pasti akan menjadi satu perlawanan yang sukar sebab kedua-dua pasukan mahu menang untuk menjuarai kumpulan dan kita sememangny­a mengetahui kekuatan Myanmar adalah pada kepantasan dan kemampuan menguasai bola.

“Bagi saya kita kena bersedia dan pertahanan harus membaca perlawanan dengan baik. Kekurangan dari segi komunikasi harus diperbaiki supaya dapat mengelak dari dibolosi,” katanya.

Malaysia dijadual menentang Laos pada 23 Ogos dalam aksi terakhir Kumpulan A. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia