Utusan Borneo (Sabah)

Kejutan ragbi

Malaysia benam juara bertahan Filipina

-

PETALING JAYA: Malaysia melakarkan kejutan apabila menumpaska­n juara bertahan Filipina 24-14 dalam saingan pusingan awal ragbi lelaki tujuh sebelah temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Kelana Jaya di sini, pada Sabtu.

Skuad bimbingan Mohd Saizul Hafifi Md Noor membuka langkah kanan dalam pusingan awal dengan mengalahka­n Kemboja 51-0 disusuli kemenangan tipis 1210 ke atas Singapura sebelum mengalahka­n Filipina.

Aksi ketiga menentang Filipina pula menyaksika­n Malaysia terikat 14-14 di separuh babak pertama, namun sokongan padu ribuan penyokong tempatan yang hadir ternyata membakar semangat para pemain untuk meraih 10 mata di babak kedua untuk menjadikan keputusan akhir 24-14 berpihak kepada Malaysia.

Sementara itu, ketua pasukan, Zulkiflee Azmi menyifatka­n kemenangan ke atas Filipina memberikan satu kepuasan kepada pasukan selepas dikecewaka­n pada final edisi 2015 di Singapura, namun menggesa rakan sepasukan untuk terus mengekalka­n fokus bagi melaksanak­an misi utama iaitu merangkul emas.

“Filipina adalah pasukan yang telah menewaskan kami di final edisi 2015 Singapura. Kemenangan ke atas mereka hari ini diibaratka­n seperti ‘membayar’ balik dendam lama.

“Walau bagaimanap­un, esok adalah hari penentu jadi saya mahu kami semua lupakan sementara perlawanan hari ini dan alihkan tumpuan sepenuhnya esok bagi merealisas­ikan impian meraih pingat emas buat negara,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Filipina.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu Thailand dan Indonesia hari ini untuk melengkapk­an saingan pusingan awal sebelum melangkah ke perlawanan akhir sekiranya berjaya menamatkan pusingan awal di tempat pertama atau kedua.

Dalam pada itu, skuad wanita negara pula mencatatka­n satu kemenangan dan dua kekalahan dalam tiga aksi pertama pada Sabtu.

Skuad kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man itu tewas 17-0 kepada Singapura diikuti kemenangan 36-0 ke atas Laos sebelum tumpas38-5 di tangan pemenang pingat emas edisi 2015 di Singapura, Thailand.

Malaysia akan bertemu Filipina pada aksi terakhir pusingan awal, hari ini. Bernama

 ??  ?? PEMAIN ragbi negara, Wan Izzuddin Ismail (kiri) mempertaha­nkan bolanya daripada dirampas pemain Singapura, Yau Yu Hong pada perlawanan Ragbi 7s Sukan SEA KL2017, di Stadium MBPJ pada Sabtu. Malaysia menang 12-10. - Gambar BERNAMA
PEMAIN ragbi negara, Wan Izzuddin Ismail (kiri) mempertaha­nkan bolanya daripada dirampas pemain Singapura, Yau Yu Hong pada perlawanan Ragbi 7s Sukan SEA KL2017, di Stadium MBPJ pada Sabtu. Malaysia menang 12-10. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? PEMAIN Malaysia Dayang Manggie (tengah) dikawal ketat dua pemain Thailand pada perlawanan ragbi 7 sebelah wanita pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Petaling Jaya di sini, pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
PEMAIN Malaysia Dayang Manggie (tengah) dikawal ketat dua pemain Thailand pada perlawanan ragbi 7 sebelah wanita pada temasya Sukan SEA KL2017 di Stadium Petaling Jaya di sini, pada Sabtu. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia