Utusan Borneo (Sabah)

KEADILAN ADALAH HAK RAKYAT

Persepsi mahkamah dipengaruh­i kuasa politik tidak betul

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (gambar) berkata tindakan pihak tertentu yang menimbulka­n persepsi bahawa mahkamah dipengaruh­i oleh kuasa politik, adalah tidak betul.

Beliau berkata sistem kehakiman negara mempunyai prosedur undangunda­ng dan mahkamah perlu mengikut prosedur tersebut dalam perbicaraa­n.

“Kita tidak boleh bermain politik dengan isu keadilan ini untuk menimbulka­n persepsi rakyat agar membenci kerajaan.

Keadilan ini adalah hak rakyat,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.

my pada Sabtu. Salleh berkata Malaysia mengamalka­n doktrin pengasinga­n kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman dengan prinsip penting doktrin itu adalah tiada satu badan pun boleh melangkaui kuasa badan yang lain.

“Namun, kini ada pihak yang mempertika­ikan pelaksanaa­n prinsip ini, khususnya apabila keputusan mahkamah tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu. Apabila ini berlaku, maka timbullah tuduhan mahkamah dipengaruh­i oleh kuasa politik,” katanya.

Salleh berkata jika persepsi salah terus ditimbulka­n oleh pihak-pihak tertentu, maka doktrin pengasinga­n kuasa yang dibina selama ini akan rosak.

“Mahkamah seperti didesak untuk memberi keadilan hanya kepada yang menentang. Ini adalah satu prinsip keadilan yang silap,” katanya.

Menurutnya keadilan perlu dinilai dengan kebenaran kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

“Keadilan boleh dilewatkan tetapi tidak boleh dinafikan. Belajarlah daripada pengalaman kes Forex dan Memali yang sedang hangat kita bincangkan sekarang ini. Keadilan itu boleh dilewatkan, tetapi tidak boleh dinafikan,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid disambut Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Faizul Arby Mohd Shohor (tiga, kiri) ketika hadir pada perasmian Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort pada Sabtu.
GambarBern­ama AHMAD Zahid disambut Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Faizul Arby Mohd Shohor (tiga, kiri) ketika hadir pada perasmian Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia