Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal bersyukur dapat bantuan baik pulih rumah

Dapat bantuan baik pulih rumah

- PENERANGAN.

KOTA KINABALU : Saya betul-betul bersyukur kerana kerajaan tidak lupa membantu golongan kurang berkemampu­an.

Demikian luahan hati seorang tukang kebun, Luhin Salipat, 56, yang telah menerima bantuan membaik pulih rumahnya menerusi Projek ‘Touch Point 2017’ di bawah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) di Kampung Lapasan, Telipok pada Sabtu.

Ibu tunggal kepada lima orang anak yang bekerja di Resort Nexus Karambunai itu berkata, dia langsung tidak menyangka tersenarai sebagai penerima tersebut.

“Saya berharap kerajaan akan meneruskan projek murni ini agar lebih ramai keluarga susah seperti saya dapat dibantu,” katanya kepada media.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah Roy Nazwin Adillah berkata, program tersebut melibatkan 12 buah parlimen dan setiap parlimen menyenarai­kan 10 rumah terpilih dalam kalangan keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Hari ini sahaja sebanyak enam buah rumah dibaik pulih di kawasan Parlimen Sepanggar yang dijalankan secara serentak iaitu di Kampung (Kg) Darau, Kg. Godon, Kg. Gentisan dan Kg. Lapasan. “Rumah-rumah terpilih dibaik pulih secara gotong royong dengan bantuan beberapa agensi kerajaan dan badan sukarelawa­n iaitu Pertubuhan Kebajikan Penawar Bersatu Malaysia (Penawar),” katanya selepas membuat tinjauan pelaksanaa­n projek berkenaan.

Menurutnya, bermula pada 29 Julai lalu di Kg. Serusop, Tuaran projek berkenaan dijangka selesai sepenuhnya pada 30 September ini.

Turut ditemui, Presiden Penawar Shariff Nasrul Shariff Nasang, 30, yang menyatakan sekurang kurangnya 30 sukarelawa­n di setiap lokasi terlibat dan terdapat 800 ahli sukarelawa­n seluruh Sabah berdaftar sejak ditubuhkan tiga tahun lepas.

“Para sukarelawa­n ini terdiri daripada golongan belia yang berumur dalam lingkungan 40 tahun ke bawah dan aktiviti utama kami adalah membantu menjaga kebajikan golongan yang memerlukan,” jelasnya.

Hadir sama di program tersebut wakil Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Zainuddin Abd. Goyoh dan Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Jabatan Penerangan Sabah, Zamri Abdul Ghani.-

Saya berharap kerajaan akan meneruskan projek murni ini agar lebih ramai keluarga susah seperti saya dapat dibantu LUHIN SALIPAT, 56

 ??  ?? ROY (dua dari kiri, depan) bersama dengan para sukarelawa­n dan wakil agensi terlibat merakam gambar kenangan.
ROY (dua dari kiri, depan) bersama dengan para sukarelawa­n dan wakil agensi terlibat merakam gambar kenangan.
 ??  ?? ROY (tengah) bersama-sama dengan Setiausaha Akhbar Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Zainuddin Abd. Goyoh (kiri) turut serta membantu dalam gotong royong tersebut.
ROY (tengah) bersama-sama dengan Setiausaha Akhbar Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Zainuddin Abd. Goyoh (kiri) turut serta membantu dalam gotong royong tersebut.
 ??  ?? ROY NAZWIN
ROY NAZWIN
 ??  ?? SHARIFF
SHARIFF
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia