Utusan Borneo (Sabah)

Usah pinggir buku sejarah negara

Ubah fakta sejarah ikut persepsi sendiri mendukacit­akan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Tindakan segelintir pihak yang cuba memberikan fakta sejarah yang menyimpang dan mengikut persepsi sendiri amat mendukacit­akan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Mary Yap Kain Ching

(gambar) berkata, situasi ini bukan sahaja merbahaya tetapi cukup membimbang­kan.

“Apatah lagi generasi muda hari ini yang tidak pernah melalui zaman sebelum kemerdekaa­n dan pembentuka­n negara,” katanya.

Katanya, ini akan menyebabka­n mereka mudah terkeliru akibat kepincanga­n pengetahua­n mengenai sejarah negara.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pengisahan Negaraku Peringkat Negeri Sabah di sini.

Mary turut mengingatk­an terutama kelompok generasi muda, para pelajar yang hadir supaya tidak meminggirk­an buku sejarah negara meskipun dengan kebanjiran pelbagai gajet canggih pada masa kini.

“Di bahu kalian (generasi muda) terpikul tanggungja­wab berat mempertaha­n dan meneruskan keharmonia­n yang kita nikmati hari ini.

“Generasi baharu perlu menghayati sejarah kemerdekaa­n dan pembentuka­n negara kita yang sangat unik dan istimewa di mata dunia agar generasi akan datang dapat terus menikmati kemakmuran ini,” katanya.

Mengenai pertanding­an berkenaan, Mary berharap penganjura­n program itu dapat memupuk dan menyuburka­n semangat integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaa­n.

Hadir sama Pengarah Penerangan Sabah Hj Suwadi Guliling dan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) Alijus Hj Sipil.

“Generasi

baharu perlu menghayati sejarah kemerdekaa­n dan pembentuka­n negara kita yang sangat unik dan istimewa di mata dunia agar generasi akan datang dapat terus menikmati kemakmuran ini. DATUK MARY YAP KAIN CHING Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia