Utusan Borneo (Sabah)

120 pelajar SK Dalit Sook terima bantuan KWAPM

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 120 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dalit Sook telah terpilih untuk menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi tahun ini.

Bantuan KWAPM yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia adalah bertujuan membantu golongan ibu bapa yang berpendapa­tan rendah dan tidak berkemampu­an untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangk­an jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata penubuhan tabung ini adalahsela­rasdenganp­elaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkua­sa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun.

Beliau menegaskan betapa pentingnya pendidikan kerana merupakan aset dalam kehidupan manusia untuk membangunk­an diri bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

“Dalam perjuangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), pendidikan adalah agenda utama yang amat dititikber­atkan bertujuan untuk melihat anakanak kita berjaya dan mendapat prestasi yang cemerlang,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Bantuan KWAPM di SK Dalit di sini, pada Jumaat.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup, Ketua Pemuda PBRS Pusat Matusin Bowie, Guru Besar SK Dalit Mahat Satimin, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Edewen Angkitol, Pegawai Perhubunga­n PBRS Mukim Dalit Julep Basir dan para pemimpin masyarakat.

Kurup yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, ibu bapa adalah faktor utama yang mendorong kepada kejayaan anak-anak.

Oleh itu, katanya ibu bapa perlu memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak mereka untuk terus belajar.

Beliau berbangga melihat prestasi beberapa buah sekolah khususnya di Parlimen Pensiangan yang cemerlang selama dua tahun berturut-turut antaranya ialah SMK Sook, SMK Tulid dan SMK Nabawan.

 ??  ?? KURUP (tengah) bersama-sama para pemimpin dan guru-guru bergambar kenangan dengan para pelajar dan ibu bapa selepas majlis itu.
KURUP (tengah) bersama-sama para pemimpin dan guru-guru bergambar kenangan dengan para pelajar dan ibu bapa selepas majlis itu.
 ??  ?? KURUP menyampaik­an bantuan KWAPM kepada salah seorang pelajar. Turut Kelihatan Mahat (kiri).
KURUP menyampaik­an bantuan KWAPM kepada salah seorang pelajar. Turut Kelihatan Mahat (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia