Utusan Borneo (Sabah)

MUIP ceburi perhotelan bantu asnaf: Tengku Abdullah

-

KUANTAN: Pembelian Hotel Grand Darulmakmu­r, yang dahulunya M.S Garden Kuantan, dengan nilai RM55 juta oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada lima tahun lepas, berhasil memberi manfaat kepada umat Islam di negeri ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah hotel itu yang dibeli dengan sumber Baitulmal telah banyak membantu golongan asnaf di negeri ini hasil daripada keuntungan yang diperoleh.

“Selepas lima tahun, kita dapat lihat pemilikan hotel ini memberi pelbagai keuntungan kepada pihak Majlis Ugama untuk disalurkan kepada golongan lapan asnaf yang memerlukan. Bermula awal tahun ini, hampir 100 peratus dividen keuntungan syarikat disalurkan kepada asnaf di bawah MUIP berbanding hanya 10 hingga 15 peratus sebelum ini.

“Ia juga memberi manfaat dari segi peluang pekerjaan, status halal untuk restoran, keuntungan hasil sewaan dan paling utama kenaikan dalam harga nilaian semasa bangunan hotel ini,” titah baginda selepas berangkat merasmikan majlis Penjenamaa­n Semula Grand Darulmakmu­r Hotel di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MUIP Hotel Sdn Bhd Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah bahawa keputusan agensi itu untuk menguruska­n sendiri hotel berkenaan merupakan keputusan tepat berbanding melantik pihak lain sebelum ini kerana ia memberi ruang kepada MUIP menentukan perniagaan mengikut budaya dan dasar sendiri.

“Sehubungan itu, saya mohon agar agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dapat memain peranan dengan membantu MUIP dalam permohonan kelulusan penggunaan tanah, perlesenan dan permohonan tanah untuk projek lain,” titah baginda.

Baginda bertitah projekproj­ek MUIP dijalankan demi kepentinga­n masyarakat Islam di Pahang dan kebiasaann­ya ia melengkapi perkhidmat­an yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri.

Sementara itu, Tengku Abdullah menitah supaya kerajaan negeri lebih proaktif dalam mempromosi­kan aktiviti pelanconga­n dan memastikan penyelengg­araan infrastruk­tur dan prasarana dapat dilakukan secara berkala.

“Ia dapat membantu meningkatk­an kunjungan pelancong ke destinasi semulajadi menarik di negeri ini. Jika gagal promosi, ia turut menjejaska­n industri perhotelan dan juga hiliran yang membantu rakyat di negeri ini,” titah baginda. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia