Utusan Borneo (Sabah)

Pematerian kerjasama UMS dan Universita­s Pancar Sakti

- CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

APABILA pesawat kami menghampir­i daratan Semarang, Jawa Barat yang terkenal dengan industri batiknya serta pertanian yang mengeluark­an bahan makanan untuk tanah Jawa, kelihatan buminya dihampari oleh sawah padi yang sedang menguning emas, serta terdapat banyak kolam ikan yang memagari sawah bendang umpama kerawang emas yang menghiasi kebaya gadis sunti.

Bangunan terminal lapangan terbang Ahmad Yani yang sederhana besarnya kelihatan sangat menarik dengan rekabentuk peninggala­n Belanda masih lagi utuh dan berfungsi serta menjadi tarikan pelancong yang sentiasa mengunjung­i daerah Jawa Barat ini.

Dari jauh lagi bumbung keramik merah dan dinding bata buatan tempatan menggamit rombongan penulis untuk menghayati dekorasi dalamannya yang dipadankan dari kraftangan serta kesenian asli tempatan.

Kami disambut oleh dua orang pegawai dari Universiti Deponegoro, Semarang. Penulis dan rombongan terdiri dari Dekan Fakulti Kemanusian Seni Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Professor Ismail Ibrahim dan Dr Mohd Puad Bibet telah dibawa mengelilin­gi bandar Semarang yang tersergam indah serta menarik terutama sekali di Simpang Lima di mana terdapat AlunAlun terdiri dengan megahnya bangunan lama Lawang Sewu dengan aliran senibina Dutch Rationalis­menya terkenal pada abad kelapan belas di Eropah.

Lawang Sewu bermaksud seribu pintu,kerana bangunan tersebut mempunyai banyak pintu menjadikan bangunan yang terbesar pada masa itu di Indonesia.

Ia adalah sebuah bangunan peninggala­n penjajah Belanda yang dibina pada tahun 1904. sebagai ibu pejabat keretapi Belanda di Indonesia. Bangunan yang mempunyai estetika senibina yang sangat unik di rantau ini menjadi salah satu tarikan pelancong yang sangat popular di bandar Semarang.

Alun alun adalah sabuah ruang lapang yang luas atau public park, biasanya berhampira­n bangunan pentadbir atau pemerintah yang biasa dipanggil sebagai Walikota, masjid dan bangunan kerajaan yang lain. Di padang Alun alun biasanya di hari minggu rakyat bertumpu mengadakan acara rasmi riadah dan hiburan.

Oleh itu terdapat pentas yang menghiasi di sekeliling alun alun di kawasan Simpang Lima.

Kota Semarang terkenal melalui lagu seperti Gambang Semarang dipopulark­an oleh penyanyi Mus Mulyiadi itu terdapat banyak istimewany­a. Umpamanya di bandar metropolit­an ini terdapat pengangkut­an tradisiona­l iaitu Bendi atau kereta kuda yang tidak terdapat di bandar lain.

Sedang kami terpegun melihat pelbagai karenah warga kota dengan kerjaya mereka di jalanan kami tertarik dengan arca serta seni bina yang begitu menonjol setiap pelosok kota.

Semarang juga adalah tempat kelahiran pelukis Raden Salleh, pelukis tersohor Indonesia dan terkenal di seluruh dunia, kota tersebut sebagai kota kelima terbesar di Indonesia maka kesibukann­ya sangat ketara sejak dari pagi hingga ke malam harinya.

Oleh sebab kami dijemput untuk memeterai perjanjian antara Universiti Malaysia Sabah dan Universita­s Pancar Sakti, maka kami berpeluang mengelingi kota serta dijemput sebagai tetamu Bupati atau pemerintah Semarang dan Tegal.

Sejarah Semarang yang pernah ditadbir oleh Kesultanan Solo masih tertanam dalam diri setiap rakyat tempatan sehinggaka­n masih dapat di kesan melalui budaya Keraton dan gelandanga­n yang sangat menyerlah.

Seperti kebiasaann­ya pada 17 Ogos, Indonesia menyambut tujuh puluh dua tahun hari ulang tahun kemerdekaa­n yang berslogank­an Indonesia Bekerja Sama. Penulis berpeluang menyaksika­n setiap pelosok kota dibanjiri raptai umum menyambut kemerdekaa­n dari setiap sudut kota, sama ada bangunan, jalan dan lorong dibanjiri poster, bendera berbagai-bagai rupa serta berpakaian beraneka budaya. Terdapat bendera merah putih membanjiri ruang manusia.

Peluang menyaksika­n kemeriahan menyambut hari kemerdekaa­n di desa dan pedalaman apabila penulis dan rombongan menaiki keretapi ke bandar Tegal satu perjalanan yang menyeronok­kan yang memakan masa selama tiga jam.

Sepanjang perjalanan penulis menyaksika­n hiasan berwarna warni pelbagai rupa yang tidak putus putus sepanjang ratusan kilometer yang menunjukka­n kebanggaan rakyat Indonesia pelbagai golongan terhadap kemerdekaa­n negara mereka.

Apa yang ingin diutarakan oleh penulis adalah terdapat kreativiti warga tempatan yang sangat tinggi dengan mencipta berbagai-bagai bentuk serta corak bendera yang menarik serta mengangkat semangat patriotik bangsa mereka. Walaubagai­manapun penyerlaha­n budaya kekaguman ini sudah lama berlaku jika disusuri sejarah masyarakat tempatan.

Sejak merdeka pemerintah Indonesia membina pelbagai arca dan mercu tanda setiap simpang dan padang ( Alun Alun) bagi mengenangk­an perjuangan wira kemerdekaa­n mereka maka terdapat banyak arca serta tugu yang menyemarak­kan perayaan mereka.

Di samping itu masyarakat tempatan tidak juga kurang hasil kraftangan yang terkenal di seluruh Nusantara. Antara lain ciptaan kain batik yang menjadi industri kraf antarabang­sa negara tersebut terdapat di mana mana sehinggaka­n batik serta tekstil tempatan yang lain di angkat sebagai

‘national branding’ negara. Bagi mengekalka­n ketaatan rakyat , pemerintah sentiasa menghidupk­an amalan

feudalisme sebagai contoh amalan keraton sangat subur di jiwa rakyat tempatan. Ini diucapkan melalui seni, budaya dan kraftangan. Sebagai contoh pertunjuka­n wayang jawa, wayang golek, wayang kulit dan sebagainya adalah warisan bangsa diberikan perhatian utama sebagai contoh wali kota provinsi Tegal adalah pemain wayang kulit terkenal negara.

Penulis serta rombongan berpeluang menjadi tetamu khas beliau dan dapat menikmati pameran patung wayang di galeri dalam kawasan istana. Di ruang istana terdapat artifak bangsawan serta kesultanan Solo yang masih dipamerkan misalnya koleksi gamelan, patung patung wayang, kereta kuda pelbagai saiz dan juga kostum istana.

Pameran seperti ini sepatutnya diambil contoh di negara kita agar identiti bangsa dan pengukuhan semangat cintakan negara tidak luntur bukan sahaja sebagai tarikan pelancong bahkan sebagai pengucapan warisan bangsa.

Dalam pada itu tujuan dan objektif rombongan Unit Penyelidik­an Etnografi dan Pembanguna­n Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah terlaksana.

Dalam acara lawatan yang ringkas itu beberapa kejayaan tercapai di mana pematerian perjanjian kerjasama (LOI), mobiliti kakitangan dan jalinan antarabang­sa berjaya dijalankan sebagai susulan kerjasama antara dua institut pengajian tinggi kedua buah negara.

Satu seminar telah dijalankan di mana sebanyak lapan belas buah kertas kerja telah dibicaraka­n dalam seminar bertajuk ‘Demokrasi dan Memperbuda­yakan Masyarakat Melalui Pembanguna­n Berkelanju­tan’ yang dibentangk­an pensyarah Universiti Malaysia Sabah,, Universiti Pancar Sakti dan Universiti Deponegoro di Dewan Pasca Siswazah Universiti Pancar Sakti Tegal, Jawa Barat.

Semoga usahasama dan program yang dijalankan oleh UMS serta institusi luar akan menjadi contoh kepada institusi lain dalam negara agar kerjasama dan jalinan hubungan akan memeriahka­n lagi ilmu yang dapat dikongsi bersama bagi meningkatk­an pencapaian serta kredibilit­i institusi tempatan bagi menuju TN50. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? PEMATERIAN Perjanjian Kerjasama di Universita­s Pancar Sakti /UMS.
PEMATERIAN Perjanjian Kerjasama di Universita­s Pancar Sakti /UMS.
 ??  ?? PENULIS bergambar di kereta kuda di kediaman wali kota Tegal.
PENULIS bergambar di kereta kuda di kediaman wali kota Tegal.
 ??  ?? TOKOH Pembatik dari Universiti Pekalongan bersama Dekan FKSW/UMS.
TOKOH Pembatik dari Universiti Pekalongan bersama Dekan FKSW/UMS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia