Utusan Borneo (Sabah)

Bahasa ibunda simbol jati diri

Perlu dipulihara, dipertahan­kan daripada pupus

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

P EMBELAJARA­N bahasa ibunda pada umur seawal 3-4 tahun adalah peringkat penting bagi seseorang individu, kerana proses pemahaman kata demi kata berlaku pada lingkungan usia berkenaan.

Pensyarah Kanan BKD (Bahasa KadazanDus­un) IPG Kampus Kent, Puan Linah Bagu berkata, bahasa ibunda adalah simbol jatidiri setiap etnik di Sabah, dan perlu dipulihara dengan cara mengajarka­n bahasa itu di rumah atau di taska-taska.

“Kami memilih untuk melawat Taska Warisan Iranun untuk mengenali ciri-ciri persamaan dan perbezaan bahasa Iranun dan bahasa KadazanDus­un, selain mendedahka­n kepada pelajar BKD Kampus Kent akan caracara pengurusan dan pengajaran bahasa ibunda di peringkat Tadika,” jelasnya.

Linah berkata demikian semasa mengetuai rombongan 16 pelajar Ijazah Perguruan Major BKD ambilan Jun 2016 Kampus Kent Tuaran, ke Taska Warisan Iranun Rampayan Laut, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung BKI (Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah), Ismail Sidik. Linah turut mengharapk­an agar lawatan itu mampu meningkatk­an kecintaan para pelajarnya kepada bahasa ibunda masing-masing, kerana menurutnya hanya dengan cara sedemikian bahasa ibunda mampu dipertahan­kan daripada pupus.

Sementara itu, Setiausaha Agung BKI, Ismail Sidik menyifatka­n lawatan rombongan dari IPG Kampus Kent Tuaran itu sebagai sesuatu yang bersejarah kerana ia merupakan gambaran bahawa BKI sebagai pemartabat bahasa Iranun di peringkat taska kini telah diakui umum.

“Meskipun empat buah sekolah kami iaitu di Payas-payas, Rampayan Laut, Merabau dan terbaru di Indarason Laut, Kudat hanya diuruskan oleh persatuan dengan dana yang terhad, ternyata ia dijadikan model sebagai sebuah taska yang baik dan boleh dicontohi.

“BKI sangat mengharapk­an perhatian khusus daripada kementeria­n berkaitan agar bahasa Iranun dapat diserapkan ke peringkat sekolah rendah khusus di kawasan-kawasan Iranun sahaja, supaya kearifan tempatan yang kita miliki ini tidak lesap begitu sahaja,” tegasnya.

“Kami

memilih untuk melawat Taska Warisan Iranun untuk mengenali ciri-ciri persamaan dan perbezaan bahasa Iranun dan bahasa KadazanDus­un, selain mendedahka­n kepada pelajar BKD Kampus Kent akan caracara pengurusan dan pengajaran bahasa ibunda di peringkat Tadika. PUAN LINAH BAGU Pensyarah Kanan BKD (Bahasa KadazanDus­un) IPG Kampus Kent

 ??  ?? ROMBONGAN bergambar sama dengan para pelajar Taska Warisan Iranun. Turut kelihatan dalam gambar ialah Linah Bagu (lapan dari kiri) dan Ismail Sidik (tengah).
ROMBONGAN bergambar sama dengan para pelajar Taska Warisan Iranun. Turut kelihatan dalam gambar ialah Linah Bagu (lapan dari kiri) dan Ismail Sidik (tengah).
 ??  ?? LINAH BAGU
LINAH BAGU
 ??  ?? ISMAIL Sidik sedang memberi taklimat kepada rombongan pelajar IPG Kampus Kent Tuaran.
ISMAIL Sidik sedang memberi taklimat kepada rombongan pelajar IPG Kampus Kent Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia