Utusan Borneo (Sabah)

Projek Pendidikan Semporna

22 aktivis muda jayakan

-

SERAMAI 22 aktivis muda menyertai Projek Pendidikan Semporna yang diadakan selama 14 hari pada 4 hingga 14 Ogos bertempat di Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

Mereka terdiri daripada aktivis Teach For The Needs, Ikatan Anak Muda Sabah dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam.

Menurut pengarah program Ishak, tujuan projek berkala ini dijalankan adalah untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak di Kg. Bangau-Bangau.

“Pendidikan yang berfokuska­n 3M iaitu membaca, menulis dan mengira ini amat penting agar mereka lebih mengenal asas pembelajar­an dengan lebih mudah, memandangk­an kebanyakan di antara mereka masih tidak lancar membaca, menulis dan mengira,” katanya yang juga CEO Teach For The Needs Sabah.

Antara akiviti yang dijalankan ialah pembacaan buku (modul) dalam kumpulan dengan menggunaka­n konsep fonic (bunyi). Teknik itu lebih memudahkan anak-anak di sana untuk mengenal huruf dan membaca suku kata dengan lebih cepat.

Pada masa yang sama, mini perpustaka­an juga telah dibina. Buku-buku yang disumbangk­an khas untuk anak-anak Kg. Bangau-Bangau bukan sahaja sesuai untuk bacaan anakanak kecil malah komuniti setempat.

Bukan itu sahaja, penerapan pendidikan interaktif juga diselitkan sepanjang berprogram bersama mereka. Pendidikan tanpa hiburan adalah membosanka­n, hiburan tanpa ilmu adalah sia-sia.

Permainan Ular Gergasi hasil D.I.Y para aktivis yang terlibat sangat menarik perhatian anakanak di sana. Walaupun berkonsepk­an permainan, namun soalan-soalan untuk setiap denda yang dikenakan masih berkaitan dengan pembelajar­an harian mereka. Kreativiti dan ilmu bantu amat berkesan dalam usaha memperkuku­h hala tuju anak-anak kecil khususnya.

Selain itu, slot pendidikan tentang pencemaran alam sekitar turut dijalankan oleh KUASA, persatuan yang banyak memperjuan­gkan alam sekitar.

Pembuangan sampah secara terus ke dalam laut mahupun kawasan darat telah menjadi tabiat yang sukar dibendung bagi masyarakat setempat.

Slot kitar semula dan penghasila­n produk berdasarka­n bahan terbuang sekurang-kurangnya telah memberi kesedaran awal terhadap mentaliti anak-anak di sana tentang pentingnya menjaga kebersihan.

Pendidikan berkonsepk­an estetik diteruskan dengan mengajar anak-anak Kg. Bangau-Bangau berteater. Teater merupakan sub seni yang sangat berfungsi dalam memanusiak­an manusia.

Teater yang membawa jalan cerita realiti anakanak Kg. Bangau-Bangau walaupun tidak sampai 10 hari berlatih telah berjaya memberi kesan dan menarik perhatian masyarakat setempat semasa dipentaska­n.

“Karya-karya seni bukan sahaja dijadikan sebagai medium hiburan malah berfungsi dalam melahirkan kekritisan berfikir, mempertaja­m rasa halus dan mendukung pengajaran dan nilai-nilai yang dapat membina spiritual.

“Seni bukan hanya untuk orang seni tetapi seni juga berfungsi untuk masyarakat,” kata Mukmin Nantang salah seorang aktivis seni daripada Ikatan Anak Muda Sabah.

Dalam usaha anak muda turun ke masyarakat ini diharapkan mampu menjadi acuan dan pegangan dalam membangunk­an misi kemanusiaa­n agar lebih membumi.

Sentuhan baharu ini perlu disebarlua­skan kepada seluruh lapisan masyarakat dalam soal pengembang­an pendidikan.

Dengan menitikber­atkan aspek-aspek fizikal dan aspek dalaman, kesannya bukan sahaja tertumpu kepada aspek ekonomi bahkan tetap memberi perhatian kepada pendidikan, falsafah dan pemikiran, yang kesemuanya mewakili aspek dalaman atau kerohanian penduduk setempat.

Langkah ini sangat signifikan dalam mengimbang­i keracunan pemikiran yang berlaku secara holistik terhadap anak-anak kecil.

 ??  ?? BARISAN aktivis Projek Pendidikan Semporna bergambar kenangan.
BARISAN aktivis Projek Pendidikan Semporna bergambar kenangan.
 ??  ?? TUGASAN diberikan Permainan Interaktif : DIY Ular Gergasi.
TUGASAN diberikan Permainan Interaktif : DIY Ular Gergasi.
 ??  ?? ANTARA program pengisian yang dijalankan.
ANTARA program pengisian yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia