Utusan Borneo (Sabah)

Berikan Dia Peluang

- Karya JUNAIDAH OMARALI

AKU sedang memandu kereta Wira milik adikku. Sudah dua tahun usia Wira ini baru aku berpeluang memandu kereta adikku. Itupun kerana aku tak bawa keretaku balik kampung. Malas nak memandu lagi selesa naik teksi.

Tapi bila mak suruh aku beli barang dapur terpaksala­h aku pinjam kereta Amir adikku. Selesa juga naik kereta Wira tidak seperti naik Kancilku yang kecil. Mulalah fikiran nak tukar kereta. Kali ini biar aku ambil kereta Waja biar Amir terbeliak biji mata. Aku ketawa sebab berangan nak kenakan adikku. Dalam aku berangan aku terkejut bila aku terpaksa menekan brek mati bila ada seseorang menahan keretaku seperti orang dalam kecemasan. Aku cuba bertenang buat seketika akibat kejadian itu membuat jantungku tidak stabil kerana terkejut.

Tiba-tiba pintu keretaku dibuka dan masuklah sesorang duduk disebelahk­u aku cuba hendak marah tapi bila ku pandang Rome aku terdiam. Rupanya Rome yang menahan keretaku. Jantungku berdebar kencang. Rome yang sekarang bukan Rome yang kukenal dulu. Dia sudah berubah sampai dia menahan keretaku tadi pun aku tak kenal dia. Bila dia masuk kereta baru aku kenal dia.

Aku serba salah dan tersenyum tawar, rasa macam orang asing berdepan dengan dia.

“Along hati-hati dengan dia, dia tu kaki syabu, tetiba angin dia tak baik parah Along dikerjakan­nya ,” terang Amir ketikaku tanya keadaan Rome bila dia dikabarkan dia dah jadi kaki Syabu.

“Mira kau kenapa?”katanya macam dia perasan akan keadanku yang serba salah. Aku tak tahu hendak cakap apa.

“Tak ada apa, kau nak kemana?” tanyaku menukar topik supaya dia tidak perasan yang aku sudah tidak suka dia. Rasanya aku tidak sudi menumpangk­an dia kerana aku tidak suka sebab dia sudah jadi kaki syabu.

“Nak baliklah tumpang kau, takkan tak boleh,” katanya sambil memandangk­u dengan tajam seakan mencari keikhlasan­ku. Aku jadi menggelaba­h, aku takut dia tahu isi hatiku yang membenciny­a. Bila dia tiba-tiba tersenyum aku rasa lega.

“Amirah kenapa sejak akhirakhir ini kau macam takut aje dengan aku, apa yang Amir cakap tentang aku sampai kau berubah sikap?”katanya dengan penuh curiga denganku.

“Apa yang kau cakap ni Rome, bila masa pula Amir cakap tentang kau,” kataku berbohong padahal memang benar Amir mengata macam-macam tentang Rome. Amir melarangku berkawan dengan Rome, aku tahu Amir cuma menjaga keselamata­nku.

“Mira kau sudah tahu kan aku siapa, aku sudah cuba nak buang Mira tapi tak boleh, aku perlukan sesorang bantu aku, tetapi tak ada sesiapa yang sudi mendengar masalah aku, aku nak hidup macam dulu Mira, tapi masyarakat sudah cop aku sampah, alang-alang kotor biarlah berlumpur,”kata Rome seperti orang yang berputus asa.

Tiba-tiba aku rasa simpati pula pada Rome, sebagai kawan yang rapat sepatutnya aku nasihatkan dia dan bagi dia dorongan tapi apa yang kubuat menjauhkan diri daripadany­a dan menghukum dia sebagai penjenayah. Aku kesal. Aku mula memandu kereta Amir dengan perlahan. Otakku mula berfikir nak cakap apa dengannya.

“Rome kita kawan sejak kecil lagi sampai tamat sekolah menengah, tapi bila kau dah jadi macam ni aku dah tak kenal kau Rome, aku tak memahami dirimu kenapa kau jadi begini, bila aku dengar cerita orang kampung pasal kau aku jadi takut dengan kau, apa masalah kau sebenarnya sampai jadi begini, kalau nak kata hidup kau susah ibu bapamu hidup mewah,”kataku berapi, sudah lama aku nak memarahiny­a, hendakku lontarkan api kemarahank­u kepadanya. Aku terkejut bila kulihat Rome menangis.

“Sudah lama aku tunggu pertanyaan itu tapi tiada siapa yang bertanya, sekarang sudah tidak guna aku jawab soalan itu, ada ke kau bencikan aku Mira, seperti Rizal siap meludah aku lagi bila kami terserempa­k, Salinah takut denganku, Bob pula beralasan bilaku ajak dia keluar, aku dah tak ada kawan Mira semua bencikan aku jadi aku berkawan saja dengan Jali, Zack dan kun c u- kun c u nya ,” katanya buat aku rasa simpati. Aku rasa bersalah pinggirkan dia, dia tidak harus dihukum sebegitu rupa. Dia adalah mangsa keadaan yang terperangk­ap dalam keseronoka­n hidup.

“Turunkan aku di situ Mira,” kata Rome membuat aku terkejut, tentu dia sudah kecil hati, aku memandangn­ya sekilas dan tanpa peduli kata-katanya aku meneruskan saja memandu tanpa mahu berhenti.

“Kenapa, Rome kata nak balik tadi kan?”Tanyaku cuba menyelami perasannya. Dia memandang keluar jendela banyak yang bermain difikirann­ya.

“Ya memang aku nak balik, tapi rasanya tak baik aku menumpang kereta orang yang membenciku, aku tak layak duduk bersama orang yang baik baik ,” katanya membuat aku rasa bersalah, dia kelihatan merajuk sikapnya itu masih tidak pernah berubah.

“Rome ada ke Mira cakap yang Mira bencikan Rome tak ada kan, tak baik bersangka buruk, Mira cuma kecewa dengan kau, sangat kecewa, dulu kau tak begini, Mira bukan Rizal, Salina dan Bob, Mira tetap Mira yang kau kenal dulu, Mira tetap jadi kawanmu sampai bila-bila cuma Mira tidak dapat terima kau jadi begini,” kataku dengan nada yang sedih, Rome tunduk mungkin dia tengah berfikir.

“Terima kasih Mira, Rome sangat gembira Mira masih menerima aku sebagai kawan, aku sangka kau dah ketepikan aku budak sampah.”katanya sayu hatiku mendengarn­ya.

“Jangan letakkan diri terlalu hina Rome, kata-kata itu satu doa tanpa kita sedari, baiki dirimu kau masih ada ruang untuk berjaya dalam hidup, asal kau mahu berubah,” kataku penuh semangat. Rome senyum tetapi senyumnya tawar sekali.

“Jalan untuk berjaya dalam hidup sudah tertutup Mira, sampah masyarakat macam aku ni sudah tidak berpeluang untuk hidup bahagia dan sempurna, aku tidak tahu nak teruskan hidup dalam otak aku ini hanya mati jalan penyelesai­an ,” katanya buat aku rasa takut, tidak mustahil dia berbuat begitu sebab jiwanya kosong.

“Rome dulu kau pernah berangan nak jadi usahawan berjaya macam macam kau nak buat, kau nak buka kedai runcit, lepas tu kau berangan nak buka restoran yang aku tidak lupa kau berangan nak buka kedai buku di kampung kita ni, tak mustahil, angan-angan akan jadi kenyataan Rome pokok pangkalnya kau, kau mau atau tidak, kalau kau masih juga begini masih juga mahu berseronok dengan benda haram jadah tu, tu lah yang akan jadi seperti yang kau cakap mati adalah penyelesai­annya, kau sudah tidak boleh berfikir yang baik atau buruk dalam hidupmu sebab jiwamu sudah mati dan kosong,”kataku separuh marah. Rome mengeluh panjang.

“Aku tidak tahu Mira jalan yang aku lalui ini terlalu banyak perkara yang buat aku keliru, aku jadi manusia yang bodoh yang tidak tahu harus kubawa kemana diriku ini,”katanya dan dia kelihatan sedih.

“Sebab hati dan jiwamu sudah tertutup oleh keseronoka­n hidup yang kau rasa sekarang yang sedikit demi sedikit akan menjahanam­kan dirimu, sampai kau tidak nampak jalan keluar, mana Rome yang dulu yang ceria dan penuh bersemanag­at, kau memilih jalan yang salah Rome, masalah tidak akan selesai bila kau terus mengambil benda haram tu malah dia akan lebih merumit keadaan, berubahlah Rome, Mira sayangkan Rome, Mira nak Rome yang dulu,”kataku tanpaku sedar kusentuh tangan Rome bagi memberi dia semangat.

“Aku tak tahu Mira kenapa dengan aku, aku bodoh barangkali aku dah nak gila,” kata Rome sambil menggosok gosok kepalanya. Rome mula tertekan dan aku mulai risau akan keadaannya namun kulawan perasanku yang takut.

“Rome apa yang kau buat semuanya tak betul, jalan yang kau pilih salah, kau harus berpatah balik dan cari jalan yang sebenarnya, yang boleh memberikan ketenangan jiwamu, yang akan membahagia­kan hidupmu, sekarang jalan yang kau pilih salah baliklah ke pangkal jalan, jangan kau hanyutkan dirimu, kau masih ada peluang untuk hidup lagi baik,”pujukku pada Rome. Rome mengeluh dan berat keluhannya itu, Rome menyapu wajahnya dan terus memandangk­u.

“Mira hanya kau kawanku yang memahami diriku, banyak lagi yang nak kuceritaka­n kepadamu Mira terlalu banyak, bantu aku Mira,”katanya membuat aku simpati

“Insya Allah tapi kita tidak boleh berjumpa di kampung ni banyak mata memandang serong, keluargaku bukan kau tak tahu kan terutama Amir, betul semua sangkaanmu terhadap Amir, jadi kita jumpa di KK aje,” kataku membuat dia terkejut.

“KK? kau ni biar betul Mira, kau ingat aku ada duit ke nak kesana, nak balik pun tumpang kau, kalau kau tak bawa aku terpaksala­h aku jalan kaki,”katanya buat aku ketawa, tapi dia kelihatan bingung, banyak benar masalah yang bersarang di kepalanya.

“Tak ada duit, habis tu dapat benda tu free ke, tak pula masalah sampai dah jadi begini, ”sindirku membuat dia bertambah bengang.

“Macam-macamlah dibuat, pinjam duit mak, curi duit bapa dan adik kalau terdesak sangat jual barang dalam rumah,”katanya sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Rome sampai begitu sekali sedih aku dengar,” kataku cuba mengawal emosiku. Dia tunduk malu, mata sudah berkaca.

“Sebab itu aku jumpa kau Mira, bantu aku, aku nak baik macam dulu, sekarang mak bapa aku dan adik beradikku membenciku, sumpah seranah dan maki hamun selalu berkumanda­ng di telingaku bilaku balik rumah,”katanya dengan sedih terlihat pula air matanya menitis buat aku hiba.

“Biarlah mereka bencikan kau, yang penting Mira tetap kawan Rome, biarpun bumi ini terbelah dua kita tetap seperti dulu,”kataku membuat dia ketawa, sudah lama kutak nampak dia ketawa.

“Sabtu ni Mira balik ke KK sebab Isnin dah kerja, jadi Rome tunggu Mira di pekan, kita sama sama ke KK,” kataku dan dia kelihatan gembira.

“Rome tak ada duit Mira, malulah Rome bila semua kau yang tanggung, ”katanya rasa serba salah.

“Duit dalam akaun BSNmu kau dah guna ke, setiap bulan aku masukan ke dalam akaunmu,”kata Mira buat Rome terkejut. Lama Rome terdiam seperti tidak percaya.

“Kau tunaikan juga janjimu Mira, ingatkan kau dah abaikan,” kata Rome kulihat dia gelisah macam ada yang tidak kena.

“Mira harap kau gunakan duit itu untuk masa depanmu,” kataku dan Rome mengangguk. Lama dia diam melayan perasannya. Tiba-tiba aku dengar Rome menangis. Aku biarkan Rome menangis memang patut pun dia menangis menyesali perbuatann­ya. Aku turunkan Rome di hujung masjid aku tak mahu ada yang nampak terutama keluargaku, kalau mereka tahu habis aku kena marah. Sampai di rumah aku kena leter juga sebab Bob sampaikan pada Amir yang aku tumpangkan Rome. Aku jadi sakit hati dengan Bob. Mak tak habis-habis mengutuk Rome begitu juga ayah.

“Sudahlah tu mak, suka sangat kutuk anak orang tak baik tau, itu dah nasib dia, nasib kita belum tahu baik,” kataku cuba protes.

“Yang kau gatal sangat tumpangkan dia tu kenapa, seluruh kampung sudah tahu, kau tak malu ke,” kata mak dengan wajah yang bengis kerana marah.

“Mak Rome tu kawan aku, apa pun yang berlaku terhadapny­a itu hal dia, tapi aku ni kawan dia sama juga macam Bob, Rizal, Sal dan Lokman cukup-cukuplah mengutuk dia,” kataku membela Rome. Amir berdehem macam tak suka aku membela Rome.

 ??  ?? Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia