Utusan Borneo (Sabah)

Remaja Maghribi mengganas di Finland

Dua maut dan lapan cedera ditikam dalam serangan yang disiasat sebagai kes terorisme

-

“Insiden itu pada mulanya disiasat sebagai pembunuhan, tetapi selaras dengan maklumat lanjut yang diterima malam tadi, kesalahan kini meliputi pembunuhan dengan teroris.” niat dan cubaan Kenyataan polis

HELSINKI: Polis kini menyiasat kes serangan di Finland yang menyebabka­n dua maut sebagai satu serangan teroris, menurut polis Finland pada Jumaat setelah mengenal pasti suspek sebagai warga Maghribi berusia 18 tahun.

“Insiden itu pada mulanya disiasat sebagai pembunuhan, tetapi selaras dengan maklumat lanjut yang diterima malam tadi, kesalahan kini meliputi pembunuhan dengan niat dan cubaan teroris,” menurut kenyataan polis.

“Identiti suspek telah dikenal pasti polis.

“Dia adalah warga Maghribi berusia 18 tahun,” tambahnya tanpa menjelaska­n lanjut.

Polis menembak dan mencederak­an suspek bersenjata­kan pisau itu kelmarin, menahannya beberapa minit selepas serangan waktu petang di dataran pasar yang sibuk di Turku, barat daya Finland.

Polis semalam mengesahka­n lapan cedera, berbanding kenyataan awal enam, sambil menjelaska­n seorang warga Itali dan dua warga Sweden antara yang cedera.

Polis turut menahan lima suspek di sebuah pangsapuri di Turki malam Khamis.

“Kami telah melancarka­n serbuan dan kini menahan reman enam suspek iaitu suspek utama dan lima suspek lain,” kata superinten­den detektif Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) Markus Laine.

“Kami sedang menyiasat peranan lima suspek terbabit tetapi belum dapat memastikan sama ada mereka terlibat (dengan serangan).

“Kami akan menyoal siasat mereka, selepas itu kami akan memberitah­u lanjut, tetapi mereka ada berhubung dengan suspek utama,” jelas Laine.

Pada Jun, agensi keselamata­n dan perisikan Supo menaikkan tahap ancaman teroris di negara itu daripada ‘rendah’ kepada ‘meningkat’, tahap kedua daripada skala empat tahap.

Ia berkata ketika itu bahawa ia melihat peningkata­n risiko serangan yang dilancarka­n kumpulan Islamic State (IS).

Polis berkata, mereka bekerjasam­a dengan perkhidmat­an imigresen dan pihak berkuasa antarabang­sa dalam siasatan mereka.

“Beberapa pihak berkuasa dari negara lain terlibat dalam siasatan ini.

“Kami juga bekerjasam­a dengan rakan asing kami untuk menyiasat kes ini,” ulas polis dalam Twitter.

Suspek kini dalam unit penjagaan rapi di hospital atas kecederaan tembakan di paha.

Motif serangan belum dapat dipastikan.

“Kami belum lagi menyiasat suspek utama disebabkan oleh masalah perubatann­ya,” ujar Laine.

Polis turut menyita van putih Fiat Ducato yang disyaki ada kaitan dengan serangan kelmarin, tetapi tidak menjelaska­n lanjut.

Kementeria­n dalam negeri semalam mengarahka­n bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Finland sebagai peringatan buat mangsa.

Negara Nordic itu turut menaikkan persediaan kecemasan di seluruh negara, meningkatk­an keselamata­n di lapangan terbang dan stesen kereta api serta mengerah lebih ramai pegawai di jalanan.

Laporan media di Finland berkata, polis percaya suspek memilih mangsanya secara rambang tetapi Laine tidak dapat mengesahka­nnya.

Polis berkata, kemungkina­n suspek bertindak sendirian tetapi berkata pada Khamis bahawa mereka sedang mencari suspek lain.

Di Turku, Presiden Sauli Niinisto menghadiri upacara peringatan untuk mangsa di Katedral Turku pada malam Khamis. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUSPEK yang terlentang di kaki lima dikerumuni pegawai polis sejurus menikam beberapa mangsa di Dataran Pasar di Turku, pada Jumaat.
— Gambar Reuters SUSPEK yang terlentang di kaki lima dikerumuni pegawai polis sejurus menikam beberapa mangsa di Dataran Pasar di Turku, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia