Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan ketat ketika Afghanista­n sambut tahun ke-98 kemerdekaa­n

-

KABUL: Pasukan keselamata­n Afghan dalam keadaan amat berjaga-jaga semalam ketika negara itu menyambut sederhana hari kemerdekaa­n.

Terdapat peningkata­n kehadiran polis di ibu negara Kabul di mana Presiden Ashraf Ghani menganjurk­an acara khas untuk orang kenamaan tempatan.

“Semua unit polis kami dalam keadaan amat berjagajag­a dan ditempatka­n di seluruh negara,” kata jurucakap polis Abdul Basir Mujahid.

“Kami meningkatk­an pos pemeriksaa­n polis di dalam dan sekitar kawasan diplomatik,” tambahnya di sebalik kebimbanga­n Taliban akan melancarka­n serangan berskala besar.

Tarikh 19 Ogos memperinga­ti pemeteraia­n Perjanjian Rawalpindi pada 1919 yang memerdekak­an sepenuhnya Afghanista­n daripada Britain, walaupun negara tersebut tidak pernah menjadi sebahagian daripada empayar British, selepas tiga perang berdarah.

Tatkala bendera kebangsaan dalam warna merah, hitam dan hijau menghiasi kebanyakan jalan utama di Kabul, tiada acara awam dirancang disebabkan masalah keselamata­n yang merosot.

Ghani mengalu-alukan kehadiran puluhan pegawai tempatan untuk upacara pagi di istana presiden dan meletakkan kalungan bunga di menara kebebasan dalam pekarangan kementeria­n pertahanan.

“Hari Kemerdekaa­n yang amat menggembir­akan bagi semua orang di AFG.

“Hari ini telah diperolehi dengan banyak pengorbana­n. Kita harus memperinga­ti dan meraikan legasi ini,” menurut Ghani dalam Twitter.

Tatkala segelintir rakyat menukar gambar profil Facebook mereka kepada bendera Afghan atau imej Amanullah Khan, raja yang mendapatka­n kemerdekaa­n Afghanista­n, yang lain mengeluh bahawa perjuangan menentang Taliban kini sudah memasuki tahun ke-16.

Jeneral John Nicholson, ketua komander tentera Amerika Syarika (AS) di Afghanista­n, mengucapka­n tahniah atas ‘kemerdekaa­n ke-98’.

Bintang pop Afghan Aryana Sayeed, yang disamakan dengan Kim Kardashian kerana gemar berpakaian ketat dan merakam swafoto, telah menyatakan bahawa beliau akan mengadakan konsert di sebalik ancaman konservati­f.

“Konsert ini pasti akan diadakan pada malam Sabtu,” katanya kepada Tolo News lewat Khamis. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GHANI (tengah) menghadiri sambutan khas Hari Kemerdekaa­n Afghanista­n di Kabul, semalam.
— Gambar Reuters GHANI (tengah) menghadiri sambutan khas Hari Kemerdekaa­n Afghanista­n di Kabul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia