Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kempunan lagi

-

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara gagal menyaingi kehebatan musuh tradisi Thailand setelah tewas 0-3 pada perlawanan terakhir liga sepusingan di Stadium Titiwangsa, pada Sabtu.

Regu pertama negara yang diketuai Mohd Farhan Adam bermula goyah apabila tewas straight set 15-21, 17-21.

Thailand ternyata bukan lawan Malaysia apabila regu kedua negara mudah dijinakkan regu negara Gajah Putih itu dengan catatan mata 10-21, 6-21.

Seakan mahu memadamkan luka yang tercalar, regu ketiga negara turun dengan penuh bersemanga­t, namun kehandalan Thailand sukar digugat apabila mereka menewaskan regu terakhir negara dengan keputusan 21-9, 21-8.

Kekalahan itu menyaksika­n skuad negara terus kempunan untuk menjuarai acara itu selama 26 tahun yang kali terakhir dimenangi pada Sukan SEA Manila 1991.

Kemenangan Thailand itu bermakna anak buah Kamol Tankinhong menggondol pingat emas kali ke-12 berturut-turut sejak Sukan SEA Singapura 1993 setelah mengutip keseluruha­n enam mata dalam format liga sepusingan.

Sebagai rekod, Sukan SEA Manila 2005 tidak mempertand­ingkan acara regu berpasukan.

Indonesia menyambar pingat perak setelah mengumpul keseluruha­n empat mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Brunei pada Sabtu dan Malaysia juga dengan 3-0 (Jumaat).

Walaupun Malaysia menamatkan pertanding­an di tempat ketiga dengan mengumpul dua mata keseluruha­n, skuad negara tetap perlu berkongsi pingat gangsa bersama Brunei yang menduduki tangga tercorot berdasarka­n format kejohanan yang tidak mempunyai perlawanan tempat ke-3/4. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia