Utusan Borneo (Sabah)

Borneo Flexible juara bola jaring Sazarice

Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Sempena mengambil semangat temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Sazarice Sdn. Bhd. telah menganjurk­an Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017 yang berlangsun­g di Borneo Sports Arena (BSA) Kolombong, pada Sabtu.

Sebanyak enam pasukan mengambil bahagian terdiri daripada Sazarice KK Sdn. Bhd (Sazarice KK), Sazarice (HQ) Sdn. Bhd (Sazarice HQ), MHK Transport Sdn. Bhd (MHK), Astro Radio Sdn. Bhd (Astro), Borneo Flexible Pagkaging Sdn. Bhd. (Borneo) dan Beras Corporatio­n Sdn. Bhd. (BCSB).

Ketua Pengarah Eksekutif Sazarice-Sabarice Akip Ismaila dalam ucapan perasmiann­ya berkata, dengan penganjura­n kejohanan ini diharap ianya dapat merapatkan tali persahabat­an dalam kalangan pemain selain dijadikan platform menjalin perkenalan antara satu sama lain.

“Kalah atau menang itu kita letakan sasaran nombor dua, apa yang lebih penting kita dapat berkenalan dan menjalin semangat persahabat­an dengan semua pemain.

“Semangat kesukanan itu adalah lebih penting, dan inshaAllah jika ada kelapangan kita akan menganjurk­an kejohanan ini setiap tahun dan membuka penyertaan kepada lebih banyak pasukan lagi,” tegasnya.

Kejohanan itu menyaksika­n penguasaan pasukan Borneo Flexible Pagkaging Sdn. Bhd. apabila mengumpul sebanyak 64 jaringan dan dinobatkan selaku juara pertanding­an itu dengan mengutip 15 mata.

Naib johan disandang pasukan Astro dengan 36 jaringan (10 mata), tempat ketiga MHK (30 jaringan/10 mata), keempat Sazarice HQ (30 jaringan, 6 mata), kelima Sazarice KK (7 jaringan/3 mata) dan BCSB tempat keenam dengan 12 jaringan.

Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017 ini merupakan penganjura­n yang julung kali dianjurkan oleh Sazarice Sdn. Bhd, di mana semua pasukan telah menerima medal dan hadiah wang tunai.

Turuthadir­sempenakej­ohanan itu ialah Ketua Jabatan Kualiti dan Perolehan Sazarice S.B Faezah Abdul Rahman.

 ??  ??
 ??  ?? AKIP menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil pasukan Sazarice.
AKIP menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil pasukan Sazarice.
 ??  ?? WAKIL pasukan Borneo menerima hadiah selaku juara daripada Faezah Abdul Rahman.
WAKIL pasukan Borneo menerima hadiah selaku juara daripada Faezah Abdul Rahman.
 ??  ?? WAKIL pasukan Sazarice KK menerima hadiah daripada pegawai Bernas Harvian Kirman.
WAKIL pasukan Sazarice KK menerima hadiah daripada pegawai Bernas Harvian Kirman.
 ??  ?? SEORANG pemain pasukan Sazarice KK yang cedera menerima rawatan daripada rakan sepasukan.
SEORANG pemain pasukan Sazarice KK yang cedera menerima rawatan daripada rakan sepasukan.
 ??  ?? PASUKAN Borneo selaku juara Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017.
PASUKAN Borneo selaku juara Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017.
 ??  ?? PASUKAN Astro naib johan Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017.
PASUKAN Astro naib johan Kejohanan Bola Jaring Jemputan Wanita Sazarice 2017.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur bersama pengadil kejohanan merakamkan kenangan.
JAWATANKUA­SA penganjur bersama pengadil kejohanan merakamkan kenangan.
 ??  ?? PASUKAN bertanding merakamkan kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
PASUKAN bertanding merakamkan kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? AKIP merakamkan kenangan bersama pasukan Sazarice KK.
AKIP merakamkan kenangan bersama pasukan Sazarice KK.
 ??  ?? PASUKAN Sazarice HQ tempat keempat.
PASUKAN Sazarice HQ tempat keempat.
 ??  ?? PASUKAN BCSB tempat keenam.
PASUKAN BCSB tempat keenam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia