Utusan Borneo (Sabah)

SAMBUNGAN CERPEN

-

“Yang kau bela sangat budak kaki syabu tu kenapa, kau dah jatuh cinta dengan dia pula,” kata mak cuba perangkap aku.

“Mak sudah Mira cakap dia kawan Mira, tapi kalau aku jatuh cinta pun apa salahnya itu hak aku sama ada sampai atau tidak biar Tuhan yang tentukan mak,” kataku lagi dan mak terdiam kini Amir ambil alih tempat mak.

“Kakak hidup akak akan musnah jika akak pilih budak sampah tu,”kata Amir buat aku panas dan mendidih.

“Siapa kau nak cakap pasal masa depan orang, jangan kau nak cakap Rome tu sampah kau belum tentu baik Amir kau dan Bob yang menjaja sana sini Rome tu macam-macam kan, selama ini aku biar saja apa yang kau buat sampai aku takut nak jumpa Rome kerana mulut kaulah,” kataku dan Amir terdiam.

“Sepatutnya kita bantu dia, pujuk dia ke jalan yang baik ini tidak kau jaja keliling kampung Rome itu dan ini, kau ingat dia tak ada keluarga, malu keluargany­a sampai keluargany­a juga membenci Rome kerana mulut kau tulah,”aku benarbenar berapi, ayah diam pula tidak menyampuk.

“Ya ayah pun tak setuju apa yang kau buat Amir, tak baik memanjangk­an cerita entah betul atau tidak kau yang akan menanggung dosa Amir, memanglah Rome tu penagih ayah pun tak suka orang penagih tetapi cara kau tu tak betul Amir,” kata ayah buat aku hairan sikap ayah. Padahal dia juga yang mengutuk Rome. Barangkali dia terfikir apa yang aku cakap.

“Cukuplah Amir jangan sampai orang kampung panggil kau CNN sibuk hal orang kau tu lelaki,” kataku lagi, Amir buat bodoh saja memang

dia jenis yang tidak

mendengar cakap orang.

Malam itu aku tengah melihat tv bersama mak dan ayah. Tiba-tiba Amir balik dengan wajah yang ceria dan kelihatan gembira.

“Kau dari mana Amir?” Tanya mak

“Tengok Gerak Khas mak, best gila,”terang Amir bersemanga­t. Aku menyampah tengok gaya Amir.

“Bukan semalam dah tengok ke?”tanya mak dan Amir tersenyum memandangk­u. Sakit hati pula tengok Amir.

“Ini gerak khas kat kampung mak, habis semua kena tangkap termasuk Rome,” kata Amir dan matanya memandang ke arahku. Aku terkejut juga dengan berita itu, terus kubangun dan masuk ke bilik.

“Kakak esok kita ke balai ya, kita ikat jamin Rome kasian dia nanti masuk Pusat Serenti,” jerit Amir sengaja menyakitka­n hatiku.

Pagi-pagi lagi aku bersiap untuk balik, aku tidak jadi bercuti panjang sebab aku benci dengan Amir. Mak dan ayah tidak berkata apa bila aku hendak balik. Amir hanya berdiam duduk di sofa. Aku benci benar melihat pandangan Amir yang senyum menyindir. Ketika aku keluar pintu mak marah Amir.

“Ini semua kau punya pasal Amir, mulut kau tu celupar sangat, merajuklah dia bukan senang nak pujuk dia tu,” kata mak entah apa yang mak buat sampai Amir menjerit kesakitan.

Aku singgah di balai polis untuk melawat Rome. Kulihat Rome sedang menunggu giliran untuk dilepaskan. Ibu bapanya ada bersama. Aku mendekati Rome dan Rome tersenyum kepadaku.

“Rome yang bagi tahu polis sarang pengedar, tapi Rome perlu diikat jamin juga sebab takut rahsia

terbongkar,”

bisik Rome kepadaku.

“Ayah dan mak dah yakin yang Rome tidak mengambil benda tu lagi sebab polis yang bagi tahu mereka Rome negatif dadah,” bisik Rome lagi.

Aku gembira Rome dilepaskan. Ibu bapa Rome mengajak aku makan dan kebetulan aku pun tidak sempat sarapan tadi.

“Lama juga tak jumpa Mira ya, sejak kerja di bandar jarang nampak Mira,” kata mak Rome

“Mira jarang cuti makcik, kalau cuti pun duduk rumah saja,”kataku.

Aku terus makan dengan perasaan malu bila ibu Rome terus memandangk­u dengan senyuman manis.

“Makcik harap orang kampung dapat bagi peluang Rome berubah, makcik dah penat dengar cerita orang kampung pasal Rome hancur hati ini Mira,” kata ibu Rome meluahkan perasaanny­a.

“Makcik apa kata makcik bagi Rome modal untuk berniaga, Rome tidak boleh duduk di kampung tu lagi

dia kena berhijrah kalau tak kawan-kawan Rome tu nanti jumpa Rome lagi,” kataku buat ibu bapa Rome berpandang­an.

“Elok juga tu, bang apa kata abang serahkan kedai abang tu pada Rome, suruhlah penyewa tu cari kedai lain,”kata mak Rome.

“Sudah keluar pun masih kosong lagi tu, sudah ada yang nak,” kata ayah Rome. “Bagi saja Rome apa yang dia nak jual suka dialah” kata mak Rome. “Modal macam mana mak?” tanya Rome “Mak bagilah, tapi janji dengan mak yang Rome betul-betul dah berubah,” kata ibu Rome Sebelum aku balik aku berbual dengan Rome dan ibu bapanya sudah minta diri untuk ke CNF tempat membeli belah. “Mira terima kasih ya bagi Rome peluang jadi kawanmu balik, Rome sungguh bahagia sekarang,” kata Rome. “Lama kan kita tidak bertegur, selama 4 tahun sejak Mira kerja di KK,”kataku lagi. “Ya masa tulah fikiran Rome kacau dan terikut ikut kawan, sudahlah janganlah dikenang lagi sejarah hitam Rome, Rome nak balikkan duit Mira semuanya berjumlah RM12,400 banyak tu jadi Rome hendak

kembalikan, Mira bagilah no akaun Mira,” kata Rome.

“Duit itu duit Rome gunakanlah untuk perniagaan Rome nanti, Mira ikhlas bagi Rome, setiap bulan Mira masukan duit klim pun Mira masukan,”kataku dan Rome tersenyum memandangk­u.

“Mira apakah betul apa yang ada dalam kepalaku ni pasal Mira?”tanya Rome.

“Ya memang betul, hanya orang yang bodoh saja yang tidak tahu,” kataku buat Amir tersenyum lebar.

“Alhamdulil­lah rupanya kita sama mencintai di dalam diam, terima kasih sayang, beri aku tempoh 2 tahun saja aku berjanji akan berkerja keras untuk masa depan kita,” kata Rome dan aku berharap janjinya itu akan tertunai. Aku balik ke KK dengan harapan Rome akan berubah betul-betul aku takut dia cuma main janji saja. Tetapi selepas 2 minggu tidak berjumpa, Rome menelefonk­u yang dia sudah membuka kedai pakaian dengan bantuan kawan Ayah Rome.

Baru pun enam bulan berniaga aku terkejut bila ayah Rome belikan Rome rumah dan kereta untuk kemudahan Rome menguruska­n perniagann­ya. Aku rasa tidak percaya yang keluarga Rome begitu kaya. Aku hanya dapat membantu Rome bilaku cuti saja. Sekarang ini aku dihantar dan diambil oleh Rome. Kereta Kancilku jarang diguna kecuali Rome benar benar sibuk baru Kancilku guna. Orang kampung masih tidak tahu yang Rome sudah membuka perniagaan, mereka berfikir Rome sudah menjalani hukuman di penjara. Aku amat bersyukur yang Rome benarbenar sudah berubah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia