Utusan Borneo (Sabah)

SMK Pantai IBWS wakili Labuan

-

LABUAN: SMK Pantai IB World School dipilih mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dalam Pertanding­an National Science

Challenge (NSC) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor pada 14 hingga 18 Ogos.

Penganjur pertanding­an ini ialah Akademi Sains Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pasukan SMK Pantai IB World School diwakili oleh Andre Iskandar Mohd Amir, Muhammad Zulhazmi Ahmad Roslan dan Mohamad Hizad Mohammad Amin.

Manakala guru pengiring pasukan Labuan ialah Susilawati Mohd Ibbnie Hong.

Dalam pertanding­an peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan baru-baru ini, pasukan SMK Pantai IB World School mengalahka­n SM St Anthony yang menduduki tempat kedua dan SM Sains Labuan di tempat ketiga.

Pertanding­an peringkat kebangsaan merupakan saingan sengit dengan menampilka­n pasukan dari setiap negeri di Malaysia.

Juara pertanding­an peringkat kebangsaan akan dibawa melawat ke Sweeden manakala finalis akan dibawa melawat Jepun.

Pengetua SMK Pantai Sahar Misron mendoakan semoga pasukan SMK Pantai IB World School yang mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan akan memperoleh kejayaan dalam pertanding­an ini yang bertujuan untuk menyemaika­n semangat cintakan sains, memahami dan menghayati­nya di samping melahirkan remaja yang berdaya saing dalam bidang berkaitan.

Sahar Misron melahirkan rasa gembira kerana kejayaan Pasukan SMK Pantai mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dalam pertanding­an ini hingga ke peringkat kebangsaan dan sama-sama berdoa untuk kejayaan para pelajar, bagi mengulangi kejayaan pasukan SMK Labuan yang menjuaraii pertadinga­n NSC di Peringkat Kebangsaan pada tahun lalu.

 ??  ?? SAHAR (tengah) bersama pelajar SMK Pantai (kanan) yang mewakili Labuan ke Pertanding­an Cabaran Sains Kebangsaan 2017.
SAHAR (tengah) bersama pelajar SMK Pantai (kanan) yang mewakili Labuan ke Pertanding­an Cabaran Sains Kebangsaan 2017.
 ??  ?? PELAJAR SMK Pantai bersama guru pengiring pasukan Labuan Susilawati bergambar kenangan di KLCC, Kuala Lumpur.
PELAJAR SMK Pantai bersama guru pengiring pasukan Labuan Susilawati bergambar kenangan di KLCC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia