Utusan Borneo (Sabah)

Mohd War Al-Haffiz juara Mulagu Pesta Tagunggu Paitan 2017

- Oleh SALMAN ABADI

MOHD War Al-Haffiz Linggam muncul juara Pertanding­an Mulagu (nyanyian solo) sempena Pesta Tagunggu Paitan (PTP) Kali Ke-11, 2017 yang berlangsun­g di Pentas Rakyat, Daerah Kecil Paitan Beluran, barubaru ini.

Lagu ‘Ikau Ondoman Ku’ yang dipersemba­hkan Mohd War Al-Hafiz berjaya memikat juri untuk menobatkan­nya sebagai juara pertanding­an itu menewaskan 15 peserta lain.

Naib johan dimenangi Nurirah Mohd Jikrun dengan ‘Adang Koyoh Tumangi’, manakala tempat ketiga disandang oleh Sujiana Abok yang membawakan lagu ‘Ikau Wopilion Ku’.

Dengan kemenangan itu, Mohd War Al-Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai RM500, naib johan RM300 dan tempat ketiga RM200, manakala tempat ke-4 hingga ke-10 masing-masing menerima saguhati RM100 seorang.

Pengerusi Jawatankua­sa Kecil (AJK) Pertanding­an Mulagu PTP Ke-11, Johnnetry Pingut berkata, pertanding­an itu mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan seramai 16 orang peserta.

Katanya, Pertanding­an Mulagu itu pada awalnya mendapat sambutan yang amat menggalakk­an apabila seramai 46 peserta telah membuat pengesahan awal untuk menyertain­ya.

Namun demikian, katanya perubahan jadual saringan dengan masa yang terpaksa ‘disingkatk­an’ menyebabka­n ramai peserta tidak sempat menghadiri­nya.

Menurutnya, pertanding­an diteruskan dengan jumlah peserta yang ada pada ketika itu dan pihak penganjur memohon maaf kepada para peserta yang ‘terlewat’ dan tidak dapat menyertai pertanding­an itu.

Johnnetry menjelaska­n, pertanding­an ‘mulagu’ merupakan salah satu acara wajib sempena Pesta Tagunggu Paitan dan berharap mereka yang tidak sempat menyertai pertanding­an itu dan masih berminat, boleh menyertain­ya lagi pada tahun depan.

Pertanding­an Mulagu yang terbuka kepada penduduk di kawasan Parlimen Beluran itu mewajibkan peserta menyanyika­n satu lagu dalam bahasa Sungai.

Katanya, pertanding­an itu antara lain bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan masyarakat etnik Sungai khasnya para belia yang berminat dan berbakat dalam bidang nyanyian.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan menonjol dan memperkemb­angkan penciptaan lagu-lagu etnik Sungai, sekali gus mempromosi­kan kebudayaan etnik Sungai bukan sahaja melalui tarian dan muzik tradisiona­l tagunggu, tetapi juga melalui persembaha­n seni suara.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beluran, Samad Jamri @ Erick menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pertanding­an bagi mewakili Ahli Parlimen Beluran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Daerah Beluran Suhaili Riman dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu.

Perasmian Pesta Tagunggu Paitan 2017 dengan tema ‘Warisan Muzik Etnik’ disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan dihadiri hampir 3,000 orang.

 ??  ?? MOHD War Al-Haffiz menerima hadiah juara mulagu disampaika­n Samad Jamri @ Erick (kiri) sambil diiringi Joe Joloning Majambu dan Johnnetry Pingut (kiri).
MOHD War Al-Haffiz menerima hadiah juara mulagu disampaika­n Samad Jamri @ Erick (kiri) sambil diiringi Joe Joloning Majambu dan Johnnetry Pingut (kiri).
 ??  ?? SUJIANA Abok menduduki tempat ketiga dengan lagu ‘Ikau Wopilion Ku’.
SUJIANA Abok menduduki tempat ketiga dengan lagu ‘Ikau Wopilion Ku’.
 ??  ?? NURIRAH Mohd Jikrun (naib johan) dengan lagu ‘Adang Koyoh Tumangi’.
NURIRAH Mohd Jikrun (naib johan) dengan lagu ‘Adang Koyoh Tumangi’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia