Utusan Borneo (Sabah)

Azizah ulangi harapan PRU14

30 peratus calon dipilih dari kalangan wanita

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MENUMBOK: Naib Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Azizah Mohd Dun mengulangi harapan agar kepimpinan parti mempertimb­angkan saranan supaya 30 peratus golongan wanita diberi peluang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, ia bagi membolehka­n golongan wanita terbabit sama dalam membuat keputusan dan dasar kerajaan.

“Sudah tiba masanya bagi golongan wanita diberi peluang sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai calon dalam PRU14 nanti,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Kasih Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilugus, di sini pada Sabtu.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata penyertaan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya membolehka­n mereka bersama-sama dalam arus pembanguna­n negara.

“Sebagai Naib Wanita BN Malaysia, saya mohon kepimpinan parti memberi laluan kepada calon wanita,” katanya.

Program Jelajah Kasih PDM Kilugus merupakan yang ke-11 dijayakan bersama beberapa agensi Kerajaan Persekutua­n dan Negeri untuk mendekati rakyat. Sempena program kali ini diadakan juga sambutan Hari Kebangsaan.

Mengenai sambutan itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap rakyat menghayati nikmat kemerdekaa­n yang diperjuang­kan nenek moyang terdahulu.

Katanya, sumbangan serta pengorbana­n generasi terdahulu perlu dikenang kerana mereka bertanggun­gjawab mencorakka­n keamanan dan kemakmuran negara.

“Kemerdekaa­n yang dirasai adalah asal perjuangan nenek moyang kita. Justeru, kita mestilah bersatu hati tanpa mengira kaum, jantina dan umur untuk memastikan kemerdekaa­n kita terus terpelihar­a,” katanya.

Sudah tiba masanya bagi golongan wanita diberi peluang sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai calon dalam PRU14 nanti. DATUK AZIZAH MOHD DUN Naib Ketua Wanita Barisan Nasional (BN)

 ??  ?? AZIZAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian agensi serta jabatan yang terlibat dalam program itu.
AZIZAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian agensi serta jabatan yang terlibat dalam program itu.
 ??  ?? AZIZAH bersama orang ramai mengibarka­n Jalur Gemilang pada program itu.
AZIZAH bersama orang ramai mengibarka­n Jalur Gemilang pada program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia