Utusan Borneo (Sabah)

Organisasi kebajikan berkemampu­an bantu golongan kurang bernasib baik: Hamisa

-

TAWAU : Syarikat korporat di negeri ini digalakkan menyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau golongan memerlukan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, amalan itu harus dijadikan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Kita menggalakk­an syarikat korporat menyumbang kepada golongan kurang berkemampu­an mengikut kemampuan masing-masing, ada lebih keuntungan dan ingin menderma apa salahnya menyumbang sedikit kepada masyarakat di luar sana yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas menyampaik­an sumbangan kepada dua buah keluarga di Kampung Tanjong Batu, Tawau pada Khamis.

Sumbangan tersebut daripada Badan Amal Kebajikan Islam (Balkis) Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

Balkis disertai oleh Dg Maria Razak, Hanah Ibrahim, Santi Mustari serta ahli jawatankua­sa Balkis yang lain. Hadir sama kakitangan Unit PPM N. 59 Tanjong Batu.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu menyeru organisasi berasaskan kebajikan masyarakat dan individu yang berkemampu­an supaya menyokong dan membantu golongan kurang bernasib baik.

Jelasnya mereka yang menjalani hidup dengan baik harus menghulurk­an bantuan kepada yang kurang berkemampu­an dan memerlukan demi mewujudkan kesejahter­aan sosial dalam masyarakat.

“Pada era yang serba membangun sekarang, kita menikmati kehidupan yang selesa sehingga kita lupa dan mengabaika­n golongan masyarakat kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.

Hamisa turut mengucapka­n terima kasih kepada Balkis dan menyeru agar lebih banyak badan amal dan kebajikan termasuk NGO di negeri ini menjalanka­n program bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya, kerajaan amat menyokong usaha murni yang dilakukan oleh organisasi organisasi, badan kebajikan berkenaan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Kerajaan dan rakyat harus bekerjasam­a untuk memaksimum­kan keberkesan­an serta mencapai objektif dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik agar masyarakat menjadi lebih harmoni,” katanya.

Semasa lawatan itu, Hamisa telah menyampaik­an sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran Mohd Said Latif@Pak Gudam dan anak kecil Abdul Athar, 1 tahun 4 bulan yang menghidapi penyakit tidak ada lubang dubur sejak lahir.

 ??  ?? SUMBANGAN keluarga mangsa kebakaran Pak Gudam daripada Balkis yang disampaika­n oleh Hamisa.
SUMBANGAN keluarga mangsa kebakaran Pak Gudam daripada Balkis yang disampaika­n oleh Hamisa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia