Utusan Borneo (Sabah)

Jadi pengguna bijak, laporkan peniaga jual produk tiruan

Laporkan peniaga jual produk tiruan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Rakyat selaku pengguna perlu memainkan peranan dengan melaporkan sebarang tindakan peniaga premis atau pasar raya yang sengaja menjual produk tiruan di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kerjasama orang ramai dalam membantu pihak berkuasa amat perlu bagi mengatasi masalah sedemikian yang semakin berleluasa.

“Saya selalu mengingatk­an masyarakat sebagai pengguna supaya tidak hanya mengharapk­an pihak berkuasa seperti Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam menyelesai­kan berkaitan isu kepengguna­an khususnya masalah produk tiruan.

“Hal ini kerana, kerjasama pengguna penting bagi melaporkan sebarang penipuan yang dilakukan oleh peniaga melalui saluran yang betul untuk kita kenakan tindakan susulan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Tangki 1Malaysia di Masjid ALMunir, di sini pada Ahad.

Baru-baru ini, KPDNKK Sabah berjaya merampas sejumlah 3,145 sabun pencuci jenama Daia tiruan bernilai RM14,125 di beberapa pasaraya sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan Keningau.

Jainab juga mengingatk­an rakyat di negeri ini supaya menjadi pengguna bijak dengan sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian.

Ia kerana, katanya, pengguna kini sering mengabaika­n soal perbanding­an daripada aspek kualiti dan terburu-buru dalam membuat pembelian.

“Jangan hanya melihat harga murah tanpa memikirkan soal kualiti sesuatu produk kerana ia penting bagi mengelakka­n penipuan apatah lagi semasa keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini.

“Sudah pasti akan ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan tanpa memikirkan soal kesan yang akan diterima oleh pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengajak orang ramai untuk menyertai kelab Friends Of KPDNKK (FOK) bagi membantu pihak berkenaan melaporkan sebarang isu berkaitan kepengguna­an.

Katanya, FOK diwujudkan sebagai satu plaform menghimpun­kan pengguna di negara ini dalam satu acara bagi menyebarka­n maklumat berkaitan hak kepengguna­an selain sebagai medium menyampaik­an aduan.

“Kementeria­n kita melalui KPDNKK juga akan sentiasa melipatgan­da usaha memantau dan membuat serbuan ke atas premis yang cuba memanipula­si harga, kuantiti serta kualiti barangan jualan mereka.

“Tindakan tegas akan kita ambil ke atas mana-mana peniaga yang tidak bertanggun­gjawab dengan mengunakan undang-undang yang sedia ada,” jelasnya.

Terdahulu, sebanyak 125 tangki 1Malaysia diagihkan kepada penduduk kurang berkemampu­an di 23 kampung sekitar DUN Karambunai.

Antara kampung terlibat seperti ialah Darau, Gentisan, Gudon, Inanam Laut, Taman Kemajuan Likas, Karambunai dan Lokub.

Program berkenaan juga mempraktik­kan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan melibatkan pelbagai agensi seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Institut Kemahiran Malaysia (IKM) serta penduduk sekitar DUN berkenaan.

Saya selalu mengingatk­an masyarakat sebagai pengguna supaya tidak hanya mengharapk­an pihak berkuasa seperti Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam menyelesai­kan berkaitan isu kepengguna­an khususnya masalah produk tiruan. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia