Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kempadang Jaya rai bulan kemerdekaa­n

-

KUANTAN: Lebih 200 penduduk sekitar Taman Kempadang Jaya di sini mempunyai pendekatan tersendiri untuk menzahirka­n kecintaan mereka kepada negara dalam menyambut bulan kemerdekaa­n.

Menyedari tarikh Hari Kebangsaan bakal menjelang tiba pada 31 Ogos ini, mereka sepakat mengadakan program sambutan Bulan Kemerdekaa­n Zon Empat hari ini, yang dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaa­n dan semangat cintakan negara.

Antara acara mencuri tumpuan ialah pakaian bertemakan bendera Malaysia yang diperagaka­n oleh kanakkanak, pertanding­an menghias basikal dan pertanding­an mewarna.

Seorang penduduk, Ramlah Abdul Majid, 35, berkata dia sanggup menjahit baju menggunaka­n Jalur Gemilang untuk anaknya, Intan Nur Zulaikha Sham Sohaimi, 5, dan menyifatka­n ‘keringat dan modal yang dikeluarka­n berbaloi apabila melihat senyuman anaknya hari ini’.

“Saya dan anak teruja kerana kami dapat turut serta dalam menyambut bulan kemerdekaa­n pada tahun ini berbanding beberapa tahun sudah. Saya beli bendera lalu menjahitny­a menjadi sehelai baju kembang untuk anak ketiga saya, Intan Nur Zulaikha.

“Sejak mula memakai baju kembang itu, Intan Nur Zulaikha tidak putusputus tersenyum dan begitu teruja untuk meraikan Hari Kebangsaan… program seperti ini membuatkan dia lebih memahami erti kemerdekaa­n dan kecintaan kepada negara,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Seorang lagi penduduk, Zaleha Mat Yassin, 36, berkata dia tidak pernah menyambut bulan kemerdekaa­n semeriah hari ini bersama seisi keluarga, namun tahun ini mereka ‘memecah tradisi’ kerana mahu memberi sokongan kepada anaknya Nadia Mokhtar, 8, yang menyertai pertanding­an mewarna.

“Selain itu, anak saya tidak kekok menggayaka­n baju bendera yang dijahit sendiri bahkan dia amat gembira dapat berkumpul bersama kawankawan lain. Disebabkan anak yang teruja, kami juga perlu keluar rumah awal pagi,” katanya.

Bagi Mohd Ezadey Zahudi, 28, berkata dia menyertai pertanding­an menghias basikal sekadar sukasuka bagi meningkatk­an semangat patriotik dan menyemarak­kan sambutan bulan kemerdekaa­n.

“Basikal tua ini saya hias dengan bendera Malaysia secara kreatif bagi menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Modal dikeluarka­n tidak banyak tetapi saya cukup puas hati dengan hiasan yang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk Zon Empat, Abdul Yazid Mohamed berkata objektif utama program pertama kali diadakan di kawasan itu ialah bagi membangkit­kan semangat cintakan negara dan mengeratka­n hubungan silaturrah­im dalam kalangan penduduk.

“Program yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ini bukan sahaja membangkit­kan semangat patriotik tetapi turut diisi dengan ceramah keselamata­n kejiranan yang bermanfaat,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PENDUDUK melaungkan ‘Merdeka’ pada Program Sambutan Bulan Kebangsaan ke-60 di Taman Kempadang 2, Sungai Deraka pada Ahad. - Gambar BERNAMA
PENDUDUK melaungkan ‘Merdeka’ pada Program Sambutan Bulan Kebangsaan ke-60 di Taman Kempadang 2, Sungai Deraka pada Ahad. - Gambar BERNAMA
 ??  ?? KANAK-KANAK (dari kanan) Nor Nadia Mokhtar, 8, Rashidah Amani Abd Razak, 5, Dhiya Imanina Mohd Zulkifli, 5, Intan Nur Salsabila Sham Sohaimi, 2, Awadah Munirah Zulkifli, 6 dan Intan Nur Zulaikha Sham Sohaimi, 5, memperagak­an pakaian bertemakan Jalur...
KANAK-KANAK (dari kanan) Nor Nadia Mokhtar, 8, Rashidah Amani Abd Razak, 5, Dhiya Imanina Mohd Zulkifli, 5, Intan Nur Salsabila Sham Sohaimi, 2, Awadah Munirah Zulkifli, 6 dan Intan Nur Zulaikha Sham Sohaimi, 5, memperagak­an pakaian bertemakan Jalur...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia