Utusan Borneo (Sabah)

KDN warta perintah larangan terhadap 18 penerbitan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan terhadap 18 penerbitan kerana ada kandungann­ya yang mungkin memudaratk­an keselamata­n, ketenteram­an, moral dan kepentinga­n awam serta menggempar­kan fikiran orang ramai.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U (A) 206-208 dan P.U (A) 210-220 bertarikh 27 Julai 2017.

Beliau berkata warta perintah larangan berkenaan adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimport­an, penghasila­n, penghasila­n semula, penerbitan, penjualan, pengeluara­n, pengelilin­gan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” katanya.

Antara penerbitan itu adalah ‘Fatimah Az-Zahara Wanita Solehah Sinaran Zaman’ kerana mengandung­i unsur-unsur ajaran syiah manakala penerbitan ‘Misteri Merong Maha Wangsa dan Penyebaran Islam di Timur (Part 1) Kisah Khalifah Sharif Yang Di-Pertuan Kedah dan Legasinya’ didapati mengandung­i fakta sejarah yang mengeliruk­an pembaca dan menyelewen­g daripada fakta sebenar negeri Kedah.

Penerbitan lain adalah bertajuk ‘Humanisme Islam: Kajian terhadap Pemikiran Filosofis Muhammad Arkoun’ dan ‘Breaking The Silence: Voices of Moderation, Islam in a Constituti­onal Democracy’ kerana mengandung­i unsur mempromosi­kan ideologi prinsip pemikiran liberalism­e dan pluralisme yang bertentang­an dengan ajaran Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebelas penerbitan pula didapati mengandung­i terjemahan dan fakta yang salah serta bertentang­an dengan ajaran Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penerbitan itu ialah ‘Kisah Para Nabi’, ‘Kasyaf Al-Haq (Mengenal Allah)’, ‘Kisahkisah Ghaib Dalam Hadis Sahih’, ‘Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam’, ‘At-Thariq Ilallah Thariqat Al-Hassaniyya­h’, ‘Berdialog Dengan Jin Islam’, ‘Piramid: Rahsia Purba Yang Dapat Anda Manfaatkan’, ‘Menyingkap Misteri Pulau Besar’, ‘Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Di Dalam Buku ini Terjawab Berbagai Persoalan Bid’ah) Jilid 1’, ‘Aina Allah? Mana Allah’ dan ‘Menanti Buah Hati dan Hadiah Untuk Yang Dinanti’.

“Penerbitan-penerbitan berkenaan dilihat boleh mengeliruk­an orang ramai dan dikategori­kan sebagai menyelewen­g daripada ajaran Islam yang sebenarnya,” kata Alwi.

Penerbitan lain iaitu ‘28 Hari: Jurnal Rock N Roll + Anarki Di Kuala Lumpur’, ‘Habibi’ dan ‘Drive Me Wild’ pula didapati mengandung­i unsur seks, menggalakk­an kebebasan sosial serta memuatkan ilustrasi lucah yang keterlalua­n, katanya.

“Secara keseluruha­nnya, kesemua penerbitan itu dilihat boleh memudaratk­an atau mengeliruk­an pembaca terutamany­a generasi muda yang mana ianya tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya.

Sehubungan itu, Alwi berkata individu yang mencetak, mengimport, menghasilk­an, menghasilk­an semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengelilin­g, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya penerbitan larangan itu dianggap telah melakukan kesalahan.

“Mereka boleh disabitkan dengan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau keduaduany­a sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301,” katanya.

Jelasnya orang ramai yang mendapati penerbitan itu masih ada di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di http://moha. spab.gov.my -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia