Utusan Borneo (Sabah)

Kukuh kerjasama demi kepentinga­n graduan KV

-

NILAI: Kementeria­n Pendidikan akan terus memperkuku­hkan jaringan kerjasama dengan pihak industri dalam memastikan graduan kolej vokasional (KV) lebih berdaya saing dan memenuhi permintaan dalam pasaran kerja.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama yang terjalin antara sektor awam dan swasta berjaya meningkatk­an kualiti pendidikan vokasional terutama dari aspek pengiktira­fan oleh pihak industri.

“Ekonomi Malaysia berhadapan dengan kesukaran sekiranya negara dan industri tidak membuat persediaan awal.

“Dalam situasi ini, kita telah pun mengambil tindakan proaktif melalui Memorandum Persefaham­an (MoU) antara industri kerajaan dan swasta untuk pelaksanaa­n Latihan Sambil Kerja (OJT), yang membolehka­n pelajar menjalani latihan industri selama empat bulan selepas empat tahun menimba pelbagai ilmu dan kemahiran di KV,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Kolej Vokasional Kementeria­n Pendidikan Malaysia kali ke-2 di sini kelmarin.

Mahdzir berkata kerjasama dengan pihak industri perlu diteruskan memandangk­an pada tahun hadapan hampir 16,000 pelajar KV akan menjalani OJT.

Mengulas pencapaian graduan KV, beliau berkata 90.58 peratus daripada 2,273 graduan kohot pertama (2016) telah mendapat pekerjaan mengikut bidang manakala 55.49 peratus daripada 12,997 pelajar kohot kedua (2017) telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Setakat ini, 550 syarikat telah bersetuju menjalinka­n kerjasama dengan kementeria­n untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan KV. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia