Utusan Borneo (Sabah)

NGO minta SPRM siasat ahli majlis MBPP

-

GEORGE TOWN: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang supaya menyiasat dua ahli majlis dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dipercayai menyalah guna kuasa.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang Sophian Mohd Zain berkata menerusi laporan yang dibuat pihaknya bersama dua lagi NGO iaitu Rakyat Marhen dan Kota, mereka turut menyerahka­n beberapa dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan ke atas dua ahli majlis itu.

“Laporan pertama membabitka­n seorang ahli majlis yang menerima elaun ahli majlis sebanyak RM4,000 sebulan tetapi masih tinggal di rumah PPR dengan kadar sewa RM110 sebulan.

“Rumah PPR itu adalah untuk golongan miskin dan bagaimana beliau yang merupakan seorang ahli majlis MBPP iaitu yang berperanan sebagai penggubal dasar bagi pihak berkuasa tempatan boleh tinggal di situ,” katanya kepada pemberita ketika hadir di SPRM Pulau Pinang, di sini untuk membuat laporan itu.

Sophian berkata laporan kedua pula membabitka­n seorang ahli majlis MBPP yang didakwa turut dilantik sebagai pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Komuniti (JKKK) negeri Pulau Pinang dan apa yang menjadi persoalan adalah tentang pelantikan lelaki itu untuk kedua-dua jawatan yang dibayar elaun.

“Kami pernah membuat aduan ini secara lisan kepada exco kerajaan negeri yang bertanggun­gjawab namun tiada tindakan... sebab itu hari ini kami tampil di SPRM bagi menggesa suruhanjay­a itu menyiasat dua laporan itu sama ada dua ahli majlis tersebut salah dari segi undang-undang atau salah guna kuasa, kami minta mereka siasat secara terperinci,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia