Utusan Borneo (Sabah)

200 pasangan warga Indonesia dinikahkan di KRI Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 200 pasangan dan lebih 400 anak warga Indonesia menyertai Program Pencatatan dan Penerbitan Akta Perkahwina­n dan Akta Kelahiran republik itu, di sini pada Isnin.

Program anjuran Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau itu turut mendapat kerjasama Pejabat Pencatatan Sipil Kementeria­n Dalam Negeri Republik Indonesia dari Jakarta.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Krishna Djelani berkata sambutan program tahunan terbabit disifatkan sebagai mencapai sasaran awal yang ditetapkan pihaknya.

“Program ini kali pertama diadakan khusus kepada yang beragama Kristian (Katolik dan Protestan), namun sudah beberapa kali dianjurkan untuk yang beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran program berkenaan yang berlangsun­g di Pejabat KRI Tawau, Jalan Sin On, di sini.

Program yang berlangsun­g selama empat hari (Isnin sehingga Khamis) itu melibatkan warga Indonesia yang bekerja atau berada di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Krishna berkata penganjura­nnya juga bertujuan memberikan perlindung­an kepada warganya supaya memiliki dokumen sijil nikah dan sijil lahir Republik Indonesia.

“Selain pasangan yang sudah bernikah tetapi belum ada sijil nikah, kita juga membantu anak-anak pasangan terlibat yang masih belum memiliki sijil lahir Indonesia,” katanya.

Berhubung isu ‘bendera dicetak terbalik’ pula, beliau menasihati warga Indonesia di pantai timur Sabah supaya tidak terjebak sehingga terdorong melakukan pergaduhan.

Menurutnya, saranan itu selaras nasihat Presiden Indonesia Joko Widodo supaya isu terbabit tidak diperbesar-besarkan, malah Pemerintah Malaysia juga sudah meminta maaf.

 ??  ?? NAIB Pengarah Pejabat Pencatatan Sipil Kementeria­n Dalam Negeri Republik Indonesia dari Jakarta, Sukirno memberikan taklimat mengenai kepentinga­n mematuhi Akta Perkahwina­n dan Akta Kelahiran republik itu kepada para pasangan yang hadir.
NAIB Pengarah Pejabat Pencatatan Sipil Kementeria­n Dalam Negeri Republik Indonesia dari Jakarta, Sukirno memberikan taklimat mengenai kepentinga­n mematuhi Akta Perkahwina­n dan Akta Kelahiran republik itu kepada para pasangan yang hadir.
 ??  ?? KRISHNA beramah-mesra dengan para pasangan warga Indonesia yang menyertai Program Pencatatan dan Penerbitan Akta Perkahwina­n dan Akta Kelahiran Republik Indonesia di Pejabat KRI Tawau.
KRISHNA beramah-mesra dengan para pasangan warga Indonesia yang menyertai Program Pencatatan dan Penerbitan Akta Perkahwina­n dan Akta Kelahiran Republik Indonesia di Pejabat KRI Tawau.
 ??  ?? KRISHNA menasihati rakyat Indonesia yang berada di pantai timur Sabah supaya tidak terjebak dengan isu ‘bendera dicetak terbalik’ sehingga terdorong melakukan pergaduhan.
KRISHNA menasihati rakyat Indonesia yang berada di pantai timur Sabah supaya tidak terjebak dengan isu ‘bendera dicetak terbalik’ sehingga terdorong melakukan pergaduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia