Utusan Borneo (Sabah)

AADK Sandakan dan Maritim adakan operasi bersepadu

-

SANDAKAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan bersama Maritim Sandakan mengadakan operasi bersepadu di pesisiran pantai Sandakan pada Khamis.

Ketua Pegawai AADK Sandakan Aisyah Abdul Karim berkata, pihak Maritimdan AADK Sandakan bekerjasam­a memastikan kawalan keselamata­n sentiasa terjamin walaupun berada di perairan.

Katanya, ia juga mewujudkan rasa selamat dan aman kepada orang awam khususnya yang menggunaka­n perairan pantai sebagai punca pendapatan dan perhubunga­n di antara pulaupulau yang berhampira­n

“Selain itu, ia juga bagi mewujudkan jaringan kerjasama antara pihak AADK denganpiha­kberkuasa seperti Maritim, PDRM, Imigrisen dan Esscom dalam memperkasa­kan undangunda­ng untuk memastikan kempen Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH 2.0) dapat dilaksanak­an secara menyeluruh,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Operasi Daerah ialah Lt Madya Maritim Ahmad Azwan Rusidi. Turut terlibat dalam seramai enam AADK Daerah Sandakan dan 10 Maritim.

Aisyah berkata, isteri baharu bersalin adalah antara salah seorang yang ditahan kerana disyaki terlibat penggunaan dadah hasil daripada ujian saringan air kencing dalam Ops bersepadu AADK Daerah Sandakan bersama Maritim Daerah Sandakan di perairan pantai Sandakan.

Pihak kerajaan umumnya AADK dan khususnya AADK Daerah Sandakan amat memandang serius aktiviti penyalahgu­naan dadah dan cuba bergerak secara proaktif bersama rakan strategik untuk memerangi dadah habis-habisan.

 ??  ?? AISYAH bersama Ahmad Azwan ketika membuat rondaan.
AISYAH bersama Ahmad Azwan ketika membuat rondaan.
 ??  ?? AADK Sandakan aktif buat rondaan.
AADK Sandakan aktif buat rondaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia