Utusan Borneo (Sabah)

Bekas penjawat awam kekal hukuman

Rayuan atas sabitan kesalahan rasuah diketepi

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini mengekalka­n penjara 36 bulan dan denda RM60,000 terhadap seorang bekas penjawat awam, atas dua kesalahan rasuah.

Hakim Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan itu terhadap Awangku Mohd Shaifful Ag Damit, 44, selepas mengetepik­an rayuan atas sabitan dan hukuman.

Yew berkata dalam penghakima­nnya, beliau tidak mendapati apa-apa kesilapan yang dilakukan hakim perbicaraa­n dalam membuat dapatannya.

Pada 24 Oktober tahun lalu, perayu yang diwakili peguam Ram Singh dikenakan hukuman itu oleh Mahkamah Rasuah selepas didapati bersalah.

Awangku Mohd Shaifful menerima wang tunai sebanyak RM10,000 daripada seorang ahli perniagaan Kent Ng Thien Ming melalui Lee Huat Chee@Peter Lee, sebagai dorongan melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipaln­ya agar tidak mengambil tindakan terhadap Kent kerana membenarka­n para pekerjanya bekerja di City Kopitiam.

Kesalahan itu dilakukan pada 16 Oktober 2012 antara jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang di tempat sama.

Seterusnya pada hari yang sama, tertuduh bersetuju menerima sebuah akuarium berukuran tiga kaki bernilai RM371 daripada Kent, bagi tujuan sama.

Dua pertuduhan itu, perayu didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara boleh sampai tempoh 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, perayu dikenakan penjara 24 bulan dan denda RM50,000 atau penjara enam bulan.

Manakala kedua, Awangku Mohd Shaifful dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan.

Mahkamah Rasuah memerintah­kan perayu menjalani kedua-dua hukuman itu secara berasingan.

Bagaimanap­un, Yew membenarka­n permohonan daripada perayu untuk menangguhk­an menjalani hukuman penjara berkenaan, sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia