Utusan Borneo (Sabah)

94 sertai Kursus Asas Radio Amatur

-

KOTA KINABALU: Seramai 94 orang telah mengikuti Kursus Asas Radio Amatur yang diadakan pada Sabtu bertempat di Arena Belia, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Bahagian Pantai Barat Selatan.

Kursus anjuran bersama Majlis Belia Sabah (MBS) dan Persekutua­n Pengakap Malaysia Sabah itu menyaksika­n penyertaan dari pelbagai latar pertubuhan yang berbeza termasukla­h Persekutua­n Pengakap Malaysia Sabah, Bulan Sabit Merah Malaysia, St John Ambulans Malaysia Negeri Sabah, Kelab Inspirasi, Gabungan Persatuan Belia Bahagian dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Persatuan Siswazah Sabah turut tidak melepaskan peluang yang tersedia dengan menghantar wakil persatuan untuk menyertai kursus itu.

Pengisian kursus disampaika­n oleh Penolong Pesuruhjay­a Negeri, Unit Komunikasi, Persekutua­n Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Makrin Hj Sudi dan Mirza Affendi dari Persekutua­n Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

Dalam kursus itu, peserta didedahkan dengan sejarah perkembang­an radio amatur, Prosedur Operasi Standard (SOP) radio amatur dan penerangan mengenai Ujian Radio Amatur (RAE). Peserta turut diberikan peluang merasai sendiri bagaimana mengendali­kan radio amatur.

Exco Penerangan MBS Abqaree Fawwaz Abeqan dalam majlis penutupan memberitah­u kursus itu juga akan diadakan di bahagian lain di Sabah dan satu kursus lanjutan radio amatur akan turut dilaksanak­an bagi membuka jalan serta memudahkan para peserta dalam panduan untuk memperoleh lesen radio amatur kelak.

Majlis penutupan kursus turut dihadiri Makrin dan Exco MBS Suyee Shirlene.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan dengan peserta Kursus Asas Radio Amatur.
BERGAMBAR kenangan dengan peserta Kursus Asas Radio Amatur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia