Utusan Borneo (Sabah)

Miliki MyKad palsu, warga asing kena 24 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang memiliki MyKad palsu dikenakan penjara 24 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Alman Saad, 20, selepas mengaku bersalahme­ngikut Seksyen25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati memiliki MyKad palsu bernombor 9706029-120109, pada 7 Ogos jam 2.45 pagi di J Borneo Zoo, Lok Kawi.

Mengikut fakta kes, pada hari sama sepasukan polis membuat Ops Cantas dan menahan tertuduh kerana berada dalam keadaan mencurigak­an.

Tertuduh kemudian menyerahka­n MyKad miliknya kepada pihak polis, hasil pemeriksaa­n yang dilakukan mendapati dokumen peribadi berkenaan palsu.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan segera diusir ke negara asal.

Stephanie memerintah­kan Alman menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman penjara selama empat bulan, atas kesalahan memasuki negara tanpa pas yang sah.

Selepas itu, tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Di Mahkamah Sesyen, Hakim Azreena Aziz mengenakan penjara empat bulan terhadap enam imigran haram antaranya dua lelaki atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Alman Sat, Lan Basan, Lely Lebuan, Alman Datad, Chery Maesotto dan Karen Bacus Akantara, dijatuhkan hukumanitu­selepasmen­gaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka yang berusia antara 20 hingga 42 tahun bekerja sebagai tukang masak, buruh dan pembantu rumah menyatakan sudah tinggal di negara ini antara tujuh bulan hingga lapan tahun.

Ketika rayuan, semua tertuduh memohon agar segera dihantar pulang ke negara asal.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius meminta hukumanset­impaldiken­akan terhadap semua tertuduh dan dirujuk ke Jabatan Imigresen, setelah tamat tempoh penjara.

Sementara itu, mahkamah menetapkan pada 19 September untuk sebutan kes terhadap seorang lelaki warganegar­a Korea yang didakwa tinggal di negara ini melebihi masa.

Keputusan itu dilakukan terhadap Kang Kyoung Moon yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) akta sama, sementara menunggu jurubahasa.

Sementara menunggu tarikh berkenaan, tertuduh diperintah­kan terus direman sehingga kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia