Utusan Borneo (Sabah)

Dua penganggur lepas, bebas daripada tuduhan edar dadah

-

JOHOR BAHRU: Dua penganggur dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin setelah didapati tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengedar tiga jenis dadah, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Teo Say Eng membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh iaitu Nordin Ahmad, 47, dan Liaw Bong Heng, 56, pada akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakima­nnya, Teo berkata terdapat beberapa percanggah­an dan keraguan berhubung fakta kes terbabit, antaranya kenyataan mengenai waktu dadah itu diperoleh, dan keterangan diberikan oleh tiga saksi.

Selain itu, ketika perbicaraa­n, keterangan kimia tidak dikemukaka­n, sebaliknya hanya diberikan dengan keterangan lisan.

Identiti terhadap barang kes dalam prosiding perbicaraa­n yang berlangsun­g juga meragukan, sekaligus menunjukka­n tiada bukti kukuh untuk mensabitka­n tertuduh dengan pertuduhan, katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengedar dadah jenis heroin dan monoacetyl­morphines seberat 149.58 gram di sebuah rumah di Kayu Ara Pasong, Pontian, kira-kira 4.45 petang, 9 Okt 2015.

Mereka juga berdepan tuduhan mengedar dadah henis methamphet­amine seberat 70.08 di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39 (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, Liaw turut dilepaskan dan dibebaskan daripada satu lagi tuduhan mengedar 362.71 gram campuran heroin dan monoacetyl­morphines di kebun kelapa sawit, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor, kira-kira 9.30 malam, hari yang sama.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fithril Hakim Ab Jalil mengemukak­an lapan orang saksi sepanjang perbicaraa­n dari 13 Feb.

Nordin diwakili peguam Chuah Shyue Chien, manakala peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazali, Arif Aizuddin Masron dan Ahmad Yusri Ahmad Fuad mewakili Liaw. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia