Utusan Borneo (Sabah)

Umno Zon 4 catat sejarah Kehadiran 8,000 perwakilan dan pemerhati

- Oleh JOHAN AZIZ

NABAWAN: Umno Zon 4 merangkumi Bahagian Ranau, Keningau, Pensiangan dan Tenom mencatatka­n sejarah apabila kira-kira 8,000 perwakilan dan pemerhati dari keempat-empat bahagian itu menghadiri Mesyuarat Perwakilan Gabungan yang diadakan di dewan khas di sini pada Ahad.

Kehadiran kalangan pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk ketuaketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n dan pemimpin masyarakat turut menyemarak­kan lagi perasmian majlis itu.

Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mewakili Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan mesyuarat itu.

Dalam ucapannya, beliau berkata adalah penting ahli bersatu dalam Umno selaras dengan cogan kata Umno, Bersatu, Berkhidmat, Bersetia.

“Ini adalah untuk rakyat kita dan sudah tentu ia dapat memberi manfaat dari segi membangunk­an negeri kita Sabah khususnya dan bahagian-bahagian di seluruh negeri ini,” katanya.

Musa berkata, ia jelas menunjukka­n sambutan rakyat dan ahli umno dari keempat-empat bahagian begitu memberangs­angkan dan baik sekali.

Katanya, mereka begitu gembira dan bersemanga­t dan mengucapka­n terima kasih kepada pucuk pimpinan parti, khusus presiden parti dan seterusnya mereka juga ingin bersama-sama pucuk pimpinan dan pimpinan bahagian untuk memastikan Umno itu terus kuat, mantap dan bersatupad­u.

“Jadi inilah cara kita dalam Umno dan BN dan sekiranya kita mempunyai kestabilan politik serta keadaan yang aman dan sentosa maka senang kita merancang negeri kita selain merancang kawasan kita supaya pembanguna­n berjalan lancar dan teratur,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumka­n peruntukan RM8 juta oleh Perdana Menteri untuk Umno Zon 4 bagi pembanguna­n projek kecil di mana setiap bahagian mendapat RM2 juta dan disalurkan menerusi ketua-ketua bahagian di zon berkenaan.

“Bagi pihak Umno dan BN Zon 4, kita mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri yang begitu prihatin. Walaupun tidak dapat datang atas perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi beliau sempat memberikan peruntukan kepada keempat-empat bahagian ini,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Ketua Umno Bahagian Pensiangan dan Pengerusi Penganjur Mesyuarat Gabungan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin berkata mesyuarat itu adalah peristiwa politik yang amat bertuah bagi rakyat di pedalaman khususnya di daerah Nabawan.

Katanya, lazimnya mesyuarat gabungan Zon 4 itu sentiasa diadakan di Keningau dan perubahan tempat memberi isyarat yang penting tentang hasrat kerajaan BN yang diterajui oleh Umno untuk memastikan pembanguna­n ekonomi dapat dirasai dan dinikmati bersama oleh setiap rakyat di mana pun mereka berada dan itulah makna kemerdekaa­n.

“Dengan sedikit harapan bahawa kehadiran pemimpin Umno negeri ini yang mewakili Perdana Menteri sudah pasti akan mengubah wajah bumi Nabawan ini. Kami percaya ini bukan kehadiran biasa tetapi datang untuk menabur benih sebagai tanda keprihatin­an terhadap kehidupan rakyat di daerah-daerah terpencil dengan misi melawat kawasan melayan rakyat.

“Kami juga ingin menzahirka­n bahawa kesetiaan kami kepada kepimpinan kerajaan negeri dan Pusat khasnya kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri bagaikan arus deras terbentur tebing tidak berpisah. Itulah ikrar kami,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis itu, keempat-empat ketua bahagian Umno Zon 4 terdiri Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (Ranau), Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno (Keningau), Ghani (Pensiangan) dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang (Tenom) mengucapka­n terima kasih di atas keprihatin­an Perdana Menteri yang memberi setiap bahagian sebanyak RM2 juta.

Mereka berharap dengan adanya peruntukan khas daripada Perdana Menteri, ia dapat membantu pelaksanaa­n projek-projek kecil yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Hadir sama, Setiausaha Perhubunga­n Umno Negeri Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussien, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Ahfang Suan dan Datuk Ghullam Bahadar Khan, Pegawai Daerah Fredian Gan dan Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemimpin Umno negeri, wakil komponen BN dan ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n yang hadir.
SEBAHAGIAN pemimpin Umno negeri, wakil komponen BN dan ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n yang hadir.
 ??  ?? KETUA Puteri Umno Keningau Hajah Salbiah Suhaideh mewakili ketua-ketua Puteri Zon 4 menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa.
KETUA Puteri Umno Keningau Hajah Salbiah Suhaideh mewakili ketua-ketua Puteri Zon 4 menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa.
 ??  ?? MUSA memalu gong sebagai gimik perasmian majlis itu. Turut kelihatan (dari kanan) Rubin, Masidi, Ghani dan Sairin.
MUSA memalu gong sebagai gimik perasmian majlis itu. Turut kelihatan (dari kanan) Rubin, Masidi, Ghani dan Sairin.
 ??  ?? KETUA Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan mewakili ketuaketua Wanita Zon 4 menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa.
KETUA Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan mewakili ketuaketua Wanita Zon 4 menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa.
 ??  ?? MUSA yang diiiringi oleh keempat-empat ketua bahagian Umno Zon 4 bersalaman dengan ahli Umno sebaik tiba di majlis itu.
MUSA yang diiiringi oleh keempat-empat ketua bahagian Umno Zon 4 bersalaman dengan ahli Umno sebaik tiba di majlis itu.
 ??  ?? SAIRIN bagi pihak Umno Keningau menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa.
SAIRIN bagi pihak Umno Keningau menyampaik­an cendera kenangan kepada Musa.
 ??  ?? MUSA (tengah) bersama pimpinan Umno Zon 4 menyanyika­n lagu Umno.
MUSA (tengah) bersama pimpinan Umno Zon 4 menyanyika­n lagu Umno.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia