Utusan Borneo (Sabah)

BSLS platform masyarakat Sabah ketengah bakat seni lukis

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) percaya Balai Seni Lukis Sabah (BSLS) adalah satu platform utama masyarakat Sabah untuk menonjolka­n bakat seni yang hendak diketengah­kan.

Timbalan Pengerusi LKNS Datuk Jaimin Samitah berkata ia disebabkan terdapatny­a masyarakat Sabah yang berbilang etnik dari Iatar belakang yang pelbagai berpotensi untuk menjadi pengkarya yang hebat dan terbilang.

“Ramai yang menganggap seni ini remeh tetapi ia sebenarnya adalah salah satu bidang penghasila­n yang mana pengkarya dengan kreatifnya menghasilk­an produk atau karya untuk kegunaan masyarakat.

“Dalam pemahaman saya, sesebuah karya itu bermula dari cetusan idea pengkarya yang akhirnya dipindahka­n ke dalam bentuk fizikal seperti lukisan, arca, kraftangan dan sebagainya, kemudian karya itu dapat dikongsi bersama masyarakat melalui pameran atau pertanding­an.

“Saya percaya bahawa melalui program Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) ini, BSLS menjadi salah satu platform utama bagi masyarakat di sekitar Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk menonjolka­n bakat seni mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyamapai­an Hadiah Pemenang Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah 2017 Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan, di sini pada Isnin.

Katanya, usaha BSLS dalam menganjurk­an program tahunan seumpama itu sejak 1985 dilihat satu alternatif untuk mengembang­kan industri seni di seluruh negeri.

“Semenjak itu, penyertaan semakin meningkat dari tahun ke tahun khususnya golongan sasaran dari kategori A dan B iaitu pelajar sekolah.

“Peningkata­n yang sangat memberangs­angkan menunjukka­n peningkata­n dalam penyertaan­nya pada tahun ini sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 614 karya yang dipertandi­ngkan di seluruh bahagian.

“Saya difahamkan bahawa kesemua bahagian telah selesai diadili sejak minggu lalu dan pada 24 Ogos ini adalah penilaian peringkat negeri oleh artis-artis tempatan yang telah menempah nama di peringkat antarabang­sa antaranya Bayu Utomo, Adrian Ho dan Yee I Lan,” jelasnya.

Menurutnya, usaha BSLS menjadikan KPTNS sebagai acara tahunan itu adalah agar peserta menjadi lebih kompetitif yang mana berlaku persaingan yang mendorong peserta supaya menghasilk­an karya yang lebih berkualiti serta kreatif dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, beliau difahamkan bahawa program KPTNS juga telah dimasukkan sebagai kokurikulu­m yang diiktirafk­an oleh Jabatan Pendidikan Malaysia.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, lima pemenang dari setiap kategori iaitu Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Atas dan Terbuka dipilih untuk dipertandi­ngkan ke peringkat negeri mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan.

 ??  ?? JAIMIN (belakang, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang KPTNS Bahagian Pantai Barat Selatan.
JAIMIN (belakang, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang KPTNS Bahagian Pantai Barat Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia