Utusan Borneo (Sabah)

`Jangan mudah mengalah’ Peringatan Isnin kepada pemimpin masyarakat setempat

-

BEAUFORT: Pemimpin masyarakat tidak harus mudah mengalah dengan apa yang disebarlua­skan oleh pembangkan­g terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata pembangkan­g hanya tahu membuat pelbagai dakwaan yang sebenarnya fitnah semata-mata.

“Memang itulah sikap pembangkan­g...sama ada pemimpinny­a mahupun penyokong. Pelbagai fitnah mereka tabur dan jaja ke sana ke mari...tujuannya untuk memperbodo­hkan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas program gotongroyo­ng membaikpul­ih rumah di Kampung Pilajau, di sini kelmarin.

Program dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan disertai oleh Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Sabah Datuk Armizan Mohd Ali.

Isninberka­ta,pembangkan­g sebenarnya begitu terdesak apabila rakyat khususnya dalam DUN Klias telah kembali memberikan sokongan padu kepada BN.

Katanya, rakyat dalam kawasan itu sudah menyedari bahawa hanya BN yang berjuang dengan ikhlas untuk kepentinga­n dan keperluan mereka.

“Rakyat sudah dapat melihat bahawa perjuangan pembangkan­g hanyalah untuk individu tertentu dan bukannya untuk rakyat... banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat diselesaik­an dengan tindakan BN,” katanya.

Menurutnya, kemudahan prasarana seperti jalan raya, parit,jambatanda­nsebagainy­a dilaksanak­an oleh BN dan bukannya pembangkan­g.

Katanya, banyak masalah yang disuarakan oleh rakyat kepada wakil rakyat pembangkan­g itu hanya dibiarkan berpanjang­an.

“Perjuangan kita adalah ikhlas dan apabila rakyat menyuaraka­n masalah itu kita berusaha membantuny­a dan kita bukan seperti pembangkan­g yang hanya angguk tetapi diam tanpa sebarang tindakan,” katanya.

Berasaskan itu, katanya, tiada sebab mengapa pemimpin masyarakat harus mudah mengalah dengan apa juga dakwaan atau fitnah pembangkan­g.

“Rakyat tahu dan dapat melihat keikhlasan perjuangan kita sebagaiang­gota BN dan ia perlu diteruskan dan dipertingk­atkan,” katanya.

 ??  ?? ISNIN turut menyertai gotong-royong membaikpul­ih rumah milik Yampat @ Mohd Khair Dualis di Kampung Pilajau.
ISNIN turut menyertai gotong-royong membaikpul­ih rumah milik Yampat @ Mohd Khair Dualis di Kampung Pilajau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia