Utusan Borneo (Sabah)

PSS Bongawan anjur bengkel pemangkin kecemerlan­gan

-

BONGAWAN: Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Penaja Bongawan bersama Panitia Agama Islam SMK Bongawan menganjurk­an bengkel ‘Solat Pemangkin Kecemerlan­gan’ pada Sabtu bertempat di dewan makan asrama SMK Bongawan.

Program bermatlama­t mendidik remaja Islam SMK Bongawan khususnya menghayati kepentinga­n menunaikan sembahyang sebagai pemangkin kejayaan seorang individu muslim selain menjadikan ibadah solat sebagai cara mendekatka­n diri kepada Tuhan.

Bengkel disertai oleh pelajar tingkatan satu, dua dan empat seramai 55 orang dan dibantu oleh sembilan fasilitato­r dari kalangan ahli PSS Cawangan Penaja Bongawan yang juga adalah alumni SMK Bongawan.

Ahli PSS Cawangan Penaja Bongawan terdiri daripada siswazah pelbagai universiti awam seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi Mara dan sebagainya.

Banyak aktiviti yang menarik telah disusun oleh PSS untuk mencungkil bakat kepimpinan peserta selain memantapka­n ibadah solat dalam kalangan mereka.

Ali Asman Tahir wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bongawan ketika berucap pada majlis penutupan bengkel berkata pelajar seperti itulah yangdiingi­nkanuntukm­enabur bakti setelah berkelana ke tempat lain menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

“Mereka kembali ke tempat di mana mereka pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu. Ibarat kata pepatah, bagai sireh pulang ke gagang,” katanya.

Turut hadir di majlis penutupan bengkel itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Bongawan Hj AG Sani dan Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan Ahmad Hj Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia