Utusan Borneo (Sabah)

Kutipan VEP sempadan Malaysia-Thailand masih dikaji

-

ALOR SETAR: Kutipan Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand hanya dapat dilaksanak­an selepas selesainya kajian teknikal oleh Kementeria­n Pengangkut­an.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata pada masa ini, pihak teknikal masih mengkaji VEP di negeri-negeri yang bersempada­n dengan negara jiran itu.

“Selepas kajian ini selesai, kita dapat melaksanak­an kutipan bayaran VEP, seperti yang sudah dilaksanak­an di Johor Bahru. Buat masa ini, kita belum ada jangka masa bagi melaksanan­ya.

“Kita (JPJ) juga akan berbincang dengan Kerajaan Negeri berkenaan untuk mengatur masa yang sesuai untuk membolehka­n kutipan bayaran VEP ini dilaksanak­an di Kedah yang bersempada­n dengan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan Program 1 Komuniti 1 JPJ Daerah Kota Setar 2017 oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat sini, pada Isnin.

Nadzri berkata bayaran VEP itu kelak mungkin sama dengan jumlah yang dikutip di Johor Bharu iaitu sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan berpendaft­aran asing yang memasuki negara ini.

“Hasil kutipan VEP yang diperoleh di Johor Bharu diberikan kepada Kerajaan Negeri. Untuk kawasan sempadan Malaysia-Thailand, kita tunggu pengumuman daripada Kementeria­n Pengangkut­an,” katanya.

Beliau berkata sejak pelaksanaa­n kutipan VEP di pintu masuk MalaysiaSi­ngapura di Johor Bahru mulai November tahun lepas hingga Julai tahun ini, jumlah kuitpannya mencecah RM9,106,900. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia