Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat kes dari semua sudut Isu bendera Indonesia dicetak terbalik

-

KUALA LUMPUR: Polis sedang siasat dari semua sudut termasuk unsurunsur sabotaj berhubung kes kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderahat­i upacara pembukaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahka­n pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kes tersebut.

“Ya, kami ada terima laporan polis berhubung isu ini dan biar kami selesaikan siasatan terlebih dahulu sebelum membuat tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Modul Peningkata­n Integriti My Psikologi Spiritual (MyPs) Tahun 2017 di Bukit Aman, di sini.

Pada Ahad, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyampaik­an permohonan maaf bagi pihak Malaysia selaku tuan rumah KL2017 kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan melibatkan bendera negara itu kepada Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, di sini.

Terdahulu, Imam Nahrawi menyatakan kekesalan berhubung perkara itu melalui akaun Twitter beliau yang kemudian dibalas Khairy juga melalui Twitter dengan permohonan maaf selain menegaskan kesilapan itu tidak disengajak­an.

Diminta mengulas mengenai tahap keselamata­n sepanjang temasya itu berlangsun­g, Khalid berkata setakat ini semua dalam keadaan terkawal dan tahap keselamata­n sentiasa ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Khalid melancarka­n Modul MyPSc yang merupakan manifestas­i komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatk­an nilai-nilai integriti warga PDRM.

Beliau berkata modul berkenaan dilihat sebagai usaha berterusan Jabatan Intergriti Pematuhan Standard PDRM yang memberi penekanan aspek psikologi dan spritual kepada warga PDRM.

“Saya difahamkan, edisi pertama modul MyPS telah dicetak sebanyak 1,050 naskah dan akan diedarkan di seluruh kontinjen serta formasi PDRM yang mempunyai pegawai psikologi ataupun pegawai Hal Ehwal Islam,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. -Bernama

 ??  ?? KHALID (dua, kanan) mengambil Modul Integriti ketika menyempurn­akan majlis Pelancaran Modul Peningkata­n Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) di Bukit Aman. -Gambar Bernama
KHALID (dua, kanan) mengambil Modul Integriti ketika menyempurn­akan majlis Pelancaran Modul Peningkata­n Integriti My Psikologi Spiritual (MyPS) di Bukit Aman. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia