Utusan Borneo (Sabah)

RCI siasat peristiwa Memali bukan aniayai sesiapa: Ahmad Bashah

-

ALOR SETAR: Cadangan menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali bukan bertujuan menganiaya sesiapa, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata RCI itu akan hanya ditubuhkan jika terdapat keperluan dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa.

“Orang boleh buat dakwaan macam-macam. Tapi isu ini, rakyat yang minta penjelasan... bukan kita yang saja-saja rancang untuk kenakan sesiapa.

“Saya sokong penubuhan RCI ini jika ada keperluan dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa. Kalau itu yang mereka mahukan, RCI perlu ditubuhkan kerana semua orang mahu tahu perkara sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program 1 Komuniti 1 Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Daerah Kota Setar 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat sini, pada Isnin.

Ahmad Bashah berkata beliau menyokonga­n penubuhan RCI berkenaan kerana kejadian itu berlaku di Kedah.

Beliau diminta mengulas tuduhan liar sesetengah pihak yang mendakwa penubuhan RCI adalah untuk menganiaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam,TimbalanPe­rdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjay­a itu untuk menyiasat peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali di Baling yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksika­n 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarka­n operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Bashah menafikan dakwaan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penarikan semula elaun kepada masjid untuk disalurkan kepada golongan asnaf di negeri ini.

“Itu tidak benar, sebaliknya kita mencadangk­an pihak masjiduntu­kmenyumban­gkan sedikit derma yang diterima daripada orang ramai agar dapat disalurkan kepada golongan asnaf dalam qariah masing-masing.

“Idea itu timbul selepas saya membaca keluhan rasa seorang pengririm WhatsApp kepada saya yang memaklumka­n terdapat masjid mengutip derma sehingga berpuluhpu­luhriburin­ggitsetiap­Jumaat tetapi tidak memikirkan tentang anak qariah yang tinggal berhampira­n masjid yang tiada beras dan gas untuk memasak,” katanya. -Bernama

 ??  ?? AHMAD BASHAH
AHMAD BASHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia