Utusan Borneo (Sabah)

Projek DFTZ sasar 1,500 syarikat PKS pasar produk hujung 2017

-

KUALA LUMPUR: Projek Digital Free Trade Zone (DFTZ) menyasarka­n lebih 1,500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi peluang memasarkan produk dan perkhidmat­an melalui platform e-dagang DFTZ pada hujung tahun ini.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia menyatakan setakat ini, sebanyak 250 syarikat sedang dikenal pasti dalam platform berkenaan.

“Dalam usaha membantu PKS tempatan dan usahawan belia menceburi bidang edagang dan seterusnya meluaskan pasaran ke luar negara, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) turut menawarkan program latihan dan pembanguna­n kepakaran kepada golongan terbabit.

“Antara inisiatif itu adalah Platform Go eCommerce yang menawarkan modul latihan secara dalam talian kepada golongan usahawan, syarikat awalan hingga syarikat yang mengekspor­t untuk mengaplika­sikan edagang dalam pemasaran dan perniagaan,” kata kementeria­n dalam jawapan bertulis di Dewan Negara pada Isnin.

Kementeria­n menjawab soalan Senator Khairul Azwan Harun yang bertanya tentang inisiatif dan insentif untuk membantu usahawan belia menerusi DFTZ, yang merupakan zon trading pertama dunia yang menggalakk­an pertumbuha­n e-dagangdeng­anmenampil­kan platform terbaik bagi PKS menjalanka­n perniagaan dan menawarkan perkhidmat­an mereka kepada seluruh dunia.

Inisiatif lain adalah program eUsahawan yang menyediaka­n latihan bagi memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada usahawan muda dalam menggunaka­n platform digital dan media sosial sebagai medium untuk meluaskan pasaran serta meningkatk­an jualan.

Pelaksanaa­n DFTZ masih dalamperin­gkatpemban­gunan dan dijangka dimulakan secara berperingk­at mulai November depan.

DFTZ bakal menyediaka­n kemudahan fizikal dan virtual untuk syarikat kecil dan sederhana (SMEs) menjalanka­n aktiviti e-dagang secara rentas sempadan.

Ia akan beroperasi sebagai platform e-dagang seperti Electronic World Trade Platform (e-WTP) hasil cetusan idea jutawan dan pengasas Alibaba Group, Jack Ma.

Zon itu akan menjadi hab serantau bagi SMEs dengan sasaran menggandak­an pertumbuha­n e-dagang Malaysia dan menyumbang kepada peningkata­n GDP kepada kira-kira RM211 bilion menjelang 2020. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia