Utusan Borneo (Sabah)

Umno P.Pinang dipelawa bincang manifesto PRU dengan kepimpinan pusat

-

GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang dipelawa duduk semeja bersama kepimpinan parti di peringkat pusat untuk membincang­kan tentang manifesto pilihan raya umum (PRU) bagi memastikan pengisiann­ya unik serta berbeza daripada sebelum ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pendekatan baharu yang lebih agresif dalam manisfesto pada PRU kali ini sangat penting kerana ia akan menentukan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekali gus merampas semula negeri itu daripada DAP.

“Saya akan merujuk kepada kepimpinan BN dan UMNO negeri untuk diadakan mesyuarat pada September nanti... Sebagai menteri Unit Perancang Ekonomi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), kami mempunyai perancanga­n untuk lima tahun akan datang dan kita akan tengok apa yang boleh dijadikan janji untuk rakyat Pulau Pinang

Rakyat sudah mula rasa muak dan meluat apabila amanah mereka dipermaink­an kerajaan negeri (DAP). Dinamik politik Pulau Pinang sekarang banyak berpihak kepada kita (BN), baik dari segi sokongan Melayu dan bukan Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini, Isnin.

Kenyataan bahawa UMNO adalah juara kebajikan semua kaumtanpam­engiraagam­adan bangsa bukanlah sesuatu yang retorik, malah ia terkandung dalam perlembaga­an parti itu yang menekankan bahawa selain kepentinga­n Melayu, kepentinga­n kaum lagi juga harus dijaga, katanya.

Terdahulud­alamucapan­nya Abdul Rahman berkata antara fokus manifesto BN untuk Pulau Pinang juga adalah untuk mengurangk­an kuasa ketua menteri yang dilihat sering menimbulka­n masalah.

“Kita tahu ketua menteri (sekarang) ada kuasa yang kuat, kuasa besar terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masalah berlaku sebab banyak sangat kuasa sampai orang takut dengan ketua menteri... Ketua menteri akan datang daripada BN akan ada banyak sekatan dan imbangan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatk­an kerajaan DAP Pulau Pinang agar tidak terus bongkak, sombong dan mengamalka­n politik kebencian kerana ia akan memberi kesan kepada pembanguna­n negeri terutamany­a dalam aspek pelaburan.

“Pulau Pinang semakin lama semakin kehilangan kegemilang­an sebagai pusat utama pelaburan dan perindustr­ian sebab ada banyak kawasan di negeri lain yang dapat menyaingi dan menandingi Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata pelabur kini lebih cenderung melabur di negeri-negeri yang selari dengan kerajaan pusat bagi mengelak sebarang masalah. - Bernama

 ??  ?? RAHMAN DAHLAN
RAHMAN DAHLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia