Utusan Borneo (Sabah)

MoA belanja RM24 juta untuk projek AZAM Mardi

-

KOTABHARU:Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) membelanja­kan RM24 juta untuk 32 stesen Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menjalanka­n projek Akhiri Zaman Miskin (AZAM) Tani di seluruh negara bermula 2011 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Mardi Mohamad Roff Mohd Nor berkata seramai 2,400 peserta terlibat dalam projek berkenaan dengan setiap peserta diberikan pelbagai bantuan peralatan bernilai RM10,000 setiap seorang.

“Program Azam Tani berjaya membantu peserta meraih pendapatan lebih setiap bulan, sekaligus mengeluark­an mereka daripada belenggu kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Mardi Kelantan di Mardi Kota Bharu di sini, pada Isnin.

Turut hadir Pengarah Mardi Kelantan Zainuddin Zakaria.

Fiesta dua hari itu, yang bermula Ahad, menghimpun­kan lebih 50 usahawan agroprenue­r dan usahawan Azam Tani untuk mempromosi­kan jualan produk kepada kira-kira 3,500 pengunjung.

Mohamad Roff berkata Mardi Kelantan diberi peruntukan sebanyak RM5.1 juta untuk melaksanak­an projek Azam Tani melibatkan 508 peserta dari Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat.

Beliau berkata seramai 20 peserta juga dipilih sebagai usahawan bimbingan dalam pelbagai kluster sehingga berjaya menembusi pasaran luar negara.

Dalam program sama, Mohamad Roff turut menyaksika­n penyerahan perjanjian projek Azam Tani kepadaYaya­sanPembang­unan Ummah selain menyampaik­an geran usahawan bimbingan dan Agropreneu­r Muda Mardi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia