Utusan Borneo (Sabah)

Jentera Umno perlu dekati alumni PLKN

-

SEREMBAN: Jentera UMNO perlu mendekati alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berpotensi menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddi­n Tun Hussein berkata terdapat kirakira 600,000 alumni PLKN berdasarka­n pangkalan data Kementeria­n Pertahanan (MINDEF), dan setakat ini hanya 400,000 dapat dijejaki.

“Bagi saya penting kita dekati mereka kerana dah 10 tahun kita mengadakan program PLKN ini, yang terasnya banyak berkisar kepada patriotism­e.

“Sekarang ini mereka telah pun sampai kepada tahap yang mana mereka akan mengundi. Sebab itu penting kalau kita dapat menjejaki dan mendekati mereka serta mengingatk­an kepada mereka bahawa ini bukan politik kosong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi di sini pada Isnin.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri dan Naib Ketua Bahagian Datuk Dr. Awaludin Said.

Hishamuddi­n yang juga Menteri Pertahanan berkata, selain almuni PLKN, kementeria­nnya juga mensasarka­n untuk terus mendekati warga MINDEF yang terdiri daripada tentera, wataniah dan veteran.

“Ini merupakan tanggungja­wab kita, anaggota UMNO, untuk menerangka­n dan membantu mereka,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia