Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sasar baiki 150 rumah daif Program Bantu Baiki Rumah

-

MIRI: Kerajaan telah membaik pulih 66 buah rumah daif daripada 150 rumah daif yang disasarkan pada tahun ini di bawah Program Bantu Baiki Rumah (PBBR) sejak dilancarka­n Julai lepas.

Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof berkata, rumahrumah daif tersebut dibaik pulih selaras dengan misi kerajaan untuk membantu penduduk miskin di negara ini.

“Peruntukan keseluruha­n untuk fasa pertama PBBR ialah RM10 juta,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ahmad Zaki Ansore berkata, kaedah pelaksanaa­n PBBR dilakukan secara gotong-royong bersama dengan pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya ia dapat dijalankan secara kos efektif.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan ke sebuah rumah dimiliki Nuraini Hassan di Kampung Pujut Tanjung Batu yangterpil­ihuntukdil­aksanakan PBBR.

Untuk Sarawak, Ahmad Zaki Ansore berkata, sebanyak 60 buah rumah telah dikenal pasti untuk dilaksanak­an PBBR dengan 10 buah rumah untuk dibaiki di bandaraya Miri.

Beliau berkata, selain bantuan membaiki rumah, pemeriksaa­n kesihatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan turut dilakukan kepada pemilik rumah mengikuti PBBR.

Sementara itu, ICU dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pemilihan penerima bantuan PBBR adalah berdasarka­n kriteria seperti berdaftar dalam sistem ekasih (Miskin/ miskin tegar) yang mempunyai tanggungan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia