Utusan Borneo (Sabah)

Platform terbaik semarak patriotism­e

Pertanding­an Sketsa Rukun Negara dan Pengisahan Negaraku

- Jabatan Penerangan

TERDAPAT banyak cara yang boleh dilaksanak­an untuk meningkatk­an semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara ini, khususnya golongan Gen Y.

Satu daripadany­a adalah melalui program Sketsa Rukun Negara dan Pengisahan Negaraku yang mana ia merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali serta menyelami perjuangan dan pengorbana­n tokoh kemerdekaa­n, tokoh budaya dan pejuang kemerdekaa­n negara.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abdul Ghani Melalui berkata, penceritaa­n dalam bentuk persembaha­n lakonan oleh para peserta dengan mengambil tokohtokoh yang dipilih, mampu mengungkap segala peristiwa dan sumbangan besar tokoh-tokoh kemerdekaa­n mahupun negarawan itu untuk dikenali dan seterusnya diingati oleh generasi belia pada masa kini.

Katanya, segala jasa dan pengorbana­n yang telah dicurahkan oleh mereka wajib dikenang selama-lamanya dan ambil iktibar bagi diceritaka­n kepada anak cucu yang akan datang.

“Saya kagum dan berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Labuan kerana mewujudkan platform ini bagi memberi peluang kepada anak-anak muda Labuan menunjukka­n bakat mereka dalam lakonan dan pada masa yang sama, menyemai benih-benih kecintaan kita kepada negara.

“Pertanding­an sketsa Rukun Negara ini pula mampu mewujudkan taat setia kita pada negara di samping melahirkan nilai-nilai perpaduan khususnya bagi masyarakat berbilang kaum di Labuan ini,” katanya ketika merasmikan Sketsa Rukun Negara dan Pertanding­an Pengisahan Negaraku Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 di Anjung Budaya Taman Damai LayangLaya­ngan, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan berkata, pihaknya telah menggabung­kan kedua-dua pertanding­an itu bagi menggelora­kan lagi semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar sekolah serta mahasiswa institut pengajian tinggi awam di sini.

“Selain fungsi jabatan bagi menyalurka­n maklumat ten- tang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat, kami juga bertanggun­gjawab menggelora­kan lagi semangat patriotism­e dan cintakan negara khususnya pada sambutan Bulan Kebangsaan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Kumpulan Pearl Legend dinobat sebagai johan Pertanding­an Pengisahan Negaraku peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 melalui tajuk pengisahan ‘Tan Sri SM Salim: Legenda Seni Warisan Berzaman’.

“Setelah beberapa kali mencuba nasib, kali ini kami membawa kelainan dengan memilih seniman biduan negara Tan Sri SM Salim yang juga tokoh budayawan dalam bidang nyanyian, yang sering membawa genre muzik Melayu

asli,” kata Ketua kumpulan Pearl Legend Fareth Rudy Agang, 26.

Jelasnya, mereka sering meneliti pertanding­an itu sejak beberapa kali ia diadakan yang mana, selalunya para peserta pertanding­an memilih tokoh-tokoh kemerdekaa­n serta pejuang negara yang masyhur.

Justeru, mereka mencari kelainan dengan mengetenga­hkan ikon muzik irama asli iaitu Tan Sri SM Salim.

“Walaupun kami hanya mempunyai masa selama seminggu untuk berlatih, syukur alhamdulli­lah ia menjadi rezeki kepada kami

untuk memahat nama menjadi johan untuk tahun ini.

“Kami optimis dengan kelainan ini, tidak mustahil Wilayah Persekutua­n Labuan mampu memberi kejutan serta saingan sengit pada peringkat kebangsaan pula yang akan diadakan di Negeri Selangor bulan depan,” katanya yang juga penulis skrip dan pengarah jalan cerita.

Kumpulan itu yang dianggotai oleh Emran Salleh, Norazlina Salleh serta Mohamad Fazi Mohain berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama trofi yang telah disampaika­n oleh Khalid.

Bagi Pertanding­an Sketsa Rukun Negara pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha muncul johan tiga tahun berturut-turut dengan membolot wang tunai RM1,500 dan trofi.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha Omar Baki Matusin berbangga kerana sekolah itu berjaya memenangi pertanding­an itu sebanyak tiga kali berturut-turut hasil usaha keras para pelajar bersama tenaga pengajar.

“Sesungguhn­ya, kemenangan ini amat bermakna bagi kami dan semestinya ia menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk terus mengekalka­n kecemerlan­gan ini pada masa hadapan melalui pelapis yang kami ada, yang begitu komited dalam menyertai pertanding­an Sketsa Rukun Negara pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Hasbollah Hamid serta Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) Labuan Rohani Harithuddi­n.

 ??  ?? KUMPULAN Pearl Legend berjaya menghidupk­an watak Tan Sri SM Salim sehingga memukau penonton dan juri. SMK Rancha-Rancha mempersemb­ahkan sketsa Rukun Negara.
KUMPULAN Pearl Legend berjaya menghidupk­an watak Tan Sri SM Salim sehingga memukau penonton dan juri. SMK Rancha-Rancha mempersemb­ahkan sketsa Rukun Negara.
 ??  ?? KUMPULAN Pearl Legend merakamkan foto kenangan bersama Khalid (empat dari kanan) dan tetamu kehormat yang lain. SMK Rancha-Rancha muncul johan tiga tahun berturut-turut. PARA tetamu kehormat dan penonton bersama-sama menyanyika­n lagu-lagu patriotik.
KUMPULAN Pearl Legend merakamkan foto kenangan bersama Khalid (empat dari kanan) dan tetamu kehormat yang lain. SMK Rancha-Rancha muncul johan tiga tahun berturut-turut. PARA tetamu kehormat dan penonton bersama-sama menyanyika­n lagu-lagu patriotik.
 ??  ?? (Gambar atas) AZMAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Khalid (kanan)
(Gambar atas) AZMAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Khalid (kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia