Utusan Borneo (Sabah)

`Sedia terima apa saja pekerjaan’

Asalkan dapat kerja, tidak kisah guna kelayakan rendah

-

SIPITANG: Tidak kisah jika perlu kelayakan lebih rendah, pencari kerja Audrey Fenella Alladin, 24, berasal dari Papar rela asalkan mendapat pekerjaan.

Katanya, selain menjadikan­nya sebagai pengalaman, dia juga mahu menjana pendapatan untuk poket sendiri.

“Sejak tamat pengajian pada Mei lalu, saya aktif mencari kerja menerusi laman sesawang beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.

“Saya tidak kisah jika perlu menggunaka­n kelayakan yang lebih rendah asalkan saya dapat pekerjaan sebagai pengalaman pertama,” katanya yang hadir pada Program Kembara Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 di Dewan Serbaguna, di sini pada Isnin.

Gadis yang memiliki Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dari FTMS College Kuala Lumpur itu juga memberitah­u dia berasa teruja untuk menghadiri sesi temuduga.

Turut ditemui, anak jati Sipitang dari Kampung Menengah Ulu, Mohd Azroy Ah Yuyau, 22, yang tekun mengisi borang temuduga.

Graduan Diploma Perakaunan AlmaCrest College di ibu negeri itu juga menyatakan kesediaann­ya untuk menerima apa juga jawatan yang diberikan.

“Pada hari ini, saya serahkan saja kepada rezeki, saya bersedia menerima apa juga pekerjaan yang ada.

“Namun, jika saya mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan, saya akan lebih gembira dan sangat bersyukur demi ibu bapa dan keluarga,” katanya dengan penuh harapan.

Azroy kelihatan tiba di Dewan Serbaguna Sipitang bersama rakan-rakannya seawal jam 8 pagi lagi, lengkap dengan pakaian formal.

Mereka adalah antara ribuan pencari kerja yang hadir pada destinasi terakhir Program Kembara Kerjaya Kebangsaan 2.0 Tahun 2017 (Train Ride Sabah) iaitu Daerah Sipitang.

Program yang diadakan serentak di Sarawak dan Semenanjun­g itu bermatlama­t memberi perkhidmat­an peluang pekerjaan dan latihan kepada masyarakat.

Di Sabah, program bermula pada 16 Ogos lalu di Stesen Keretapi Tanjung Aru dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung serta seramai 593 calon telah diberi penempatan dengan gimik sesi temuduga di dalam gerabak kereta api.

Konvoi turut disertai kenderaan pacuan empat roda yang kemudian bergerak ke lokasi seperti Beaufort (19 Ogos), Tenom (20 Ogos) dan Sipitang.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Muhamad Fauzi Abdul Ghani, sepanjang program itu, lebih 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan.

Manakala majlis perasmian penutupann­ya disempurna­kan Pengarah Yayasan Sabah yang juga Ahli Parlimen Datuk Sapawi Ahmad, di sini pada Isnin.

Fauzi berkata, pihaknya akan mengadakan karnival serupa di Daerah Kinabatang­an dan Sandakan masing-masing pada 23 dan 34 September depan.

Beliau berharap masyarakat terutama golongan belia tidak mensia-siakan peluang itu dan mengajak semua pencari kerja untuk datang beramairam­ai.

 ??  ?? SAPAWI (tengah) ketika melawat reruai kiosk Jobs Malaysia.
SAPAWI (tengah) ketika melawat reruai kiosk Jobs Malaysia.
 ??  ?? AUDREY
AUDREY
 ??  ?? AZROY
AZROY
 ??  ?? FAUZI
FAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia