Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel beri galakan kepada komuniti pembanguna­n permainan

-

KOTA KINABALU: Bengkel pembanguna­n permainan telah dianjurkan oleh Malaysian Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) dan GameDev KK di SmartSpace Kota Kinabalu, Wisma Bandaraya pada Sabtu dan Ahad.

Di bawah tajuk ‘PreIndustr­y Unity3D Training Developmen­t for Level Up Inc’, matlamat bengkel adalah untuk memperkena­lkan peserta kepada asas pembanguna­n permainan, mendedahka­n mereka kepada program sokongan pengembang­an permainan digital di bawah MDEC dan meningkatk­an hubungan antara pembangun permainan di sekitar Sabah dengan industri.

Latihan itu disediakan oleh Alex Ong Chee Ren, pembangun permainan yang berpengala­man dan pengasas bersama Basic Game Studio.

Bengkel adalah sebahagian daripada program Level Up Inc MDEC yang menggalakk­an pembangun permainan di seluruh Malaysia meningkatk­an kemahiran pembanguna­n permainan merekadanm­emberisoko­ngan untuk memulakan penglibata­n mereka dalam industri.

Kumpulan seperti GameDev KK yang diketuai oleh Geoffrey Sinn Chun Hou aktif dalam menggemble­ng usaha penduduk tempatan Sabah ke arah matlamat itu.

Dengan sokongan SmartSpace Kota Kinabalu dan agensi tempatan yang lain, kumpulan itu terus berkembang sejak ia ditubuhkan pada tahun 2016.

Salah seorang peserta, Ahmad Izzudin Mohd Yusof dari Tuaran berkata, “Bengkel ini sangat baik untuk membangunk­an pemikiran dan kebolehan penyelesai­an masalah kami. Latihan menggunaka­n perisian Unity3D amat penting bagi pembangun permainan.”

“Saya amat seronok menyertai bengkel ini, kami belajar bagaimana membangunk­an permainan video dan mempunyai peluang untuk memasuki industri pembanguna­n permainan,” kata Candy Oghayon dari Kota Kinabalu.

Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zamhar Ismail berkata, beliau menghadiri bengkel itu untuk meningkatk­an kemahiran dalam pembanguna­n permainan.

“Olehkerana­UMSberhasr­at untuk menjadi Universiti Revolusi 4.0, kemahiran pengaturca­raan adalah penting untuk generasi graduan yang akan datang sama ada mereka menyertai industri permainan digital atau tidak,” katanya.

GameDev KK komited untuk mengembang­kan industri pembanguna­n permainan di Sabah. Matlamat mereka adalah penubuhan lima studio pembanguna­n permainan di negeri ini.

Sebaik sahaja ditubuhkan, studio berkenaan boleh memohon untuk fasa seterusnya program Level Up Inc iaitu penempatan tiga bulan di Kuala Lumpur. Sokongan kewangan diberikan kepada studio berkenaan semasa fasa itu.

Geoffrey berharap bengkel itu akan menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n komuniti pembanguna­n permainan di Sabah.

“Saya percaya kita mempunyai banyak bakat di Sabah, dan pembanguna­n permainan boleh menjadi landasan bagi mereka untuk menonjolka­ndiridanme­mbina kerjaya daripada semangat mereka tanpa meninggalk­an tanah air mereka.

“Akhirnya, saya melihat Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pusat pembanguna­n kandungan digital dalam masa terdekat,” katanya.

Dengan sokongan berterusan daripada agensi berkaitan, katanya, harapan pihak yang terlibat adalah Sabah boleh menghasilk­an permainan digital yang popular dan berjaya.

 ??  ?? PESERTA bengkel pembanguna­n permainan anjuran MDEC dan GameDev KK di SmartSpace Kota Kinabalu.
PESERTA bengkel pembanguna­n permainan anjuran MDEC dan GameDev KK di SmartSpace Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia