Utusan Borneo (Sabah)

JPNIN Bandaraya Kota Kinabalu anjur PSK

-

KOTA KINABALU: Program Sayangi Komuniti (PSK) Siri Pertama anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama KRT Tanjung Aru Lama yang diadakan di Balairaya Tanjung Aru telah mendapat sambutan baik daripada komuniti setempat.

PSK dengan tema ‘Daripada komuniti untuk komuniti’ merupakan langkah terbaik dalam memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai jenayah sosial, pengambila­n dadah dan keutamaan kesihatan diri serta persekitar­an.

Selain itu, program juga dapat dijadikan sebagai platform bagi membantu mengenalpa­sti isu sensitif serta permasalah­an yang dihadpai komuniti, seterusnya mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Dalam masa sama, program itu juga dapat meningkatk­an hubungan baik serta semangat kerjasama dengan pemimpin dan agensi kerajaan seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) termasuk pemimpin masyarakat dan penduduk setempat dalam sama-sama menjayakan program itu.

Program itu dirasmikan oleh Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru Henry Chu Wing Siew selaku wakil Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun Tanjung Aru, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah dan pameran oleh AADK, Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu dan PDRM serta pertanding­an mewarna bagi kanak-kanak.

Ketua Unit Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (KSIN) JPNIN Sabah Hilman JackUslise­lakuwakilp­engarah JPNIN Negeri Sabah hadir pada program itu.

Turut hadir, Penolong PegawaiPer­paduanBand­araya Kota Kinabalu Zon 1 Masri Rayner, Penolong Pegawai Perpaduan Bandaraya Kota Kinabalu Zon 2 Amran Sopoh dan Timbalan Pengerusi KRT Tanjung Aru Lama Haji Arinin Haji Pandin.

 ??  ?? HENRY (tengah) berbincang dengan Hilman semasa perasmian program itu.
HENRY (tengah) berbincang dengan Hilman semasa perasmian program itu.
 ??  ?? KANAK-KANAK yang menyertai pertanding­an mewarna.
KANAK-KANAK yang menyertai pertanding­an mewarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia