Utusan Borneo (Sabah)

Jalin perpaduan menerusi persatuan

Rombongan Persatuan Hakka dari Sarawak lawat Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Serombonga­n 27 ahli Persatuan Hakka dari Seri Aman Sarawak diketuai Presiden Kong Yew Tack telah mengadakan perjumpaan mesra dengan ahli Persatuan Hakka Daerah Ranau.

Ketibaan mereka disambut oleh Presiden Persatuan Hakka Ranau Datuk Jimmy Tham Yuk Leong bersama barisan jawatankua­sanya

Lawatan adalah sebagai salah satu aktiviti mempererat­kan hubungan persaudara­an, perpaduan dan permuafaka­tan ahli persatuan berkenaan di peringkat antarabang­sa.

Sementara pada Ahad, pihak Persatuan Hakka Ranau turut menyambut ketibaan serombonga­n 24 ahli Persatuan Hakka Zhong Zin dari Brunei Darussalam diketuai Presiden Chai Tze Yun dan Penasihat William Ngui.

Jimmy yang juga naib presiden Persekutua­n Persatuan Persatuan Hakka Malaysia dan presiden Persatuan Hakka Sabah & Wilayah Persekutua­n Labuan berterima kasih di atas lawatan rombongan Persatuan Hakka Brunei sambil mengharapk­an lawatan itu akan mengeratka­n perpaduan di antara mereka.

Beliau yang juga presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau sempat mempromosi­kan lokasiloka­si menarik yang boleh dikunjungi di daerah ini seperti Gunung Kinabalu, Taman Air Panas Poring, Pusat Tagal Luanti, Sabah Teh dan banyak lagi.

Sementara itu, Chai dalam ucapan aluan berterima kasih di atas sambutan mesra para ahli Persatuan Hakka Ranau.

Katanya, pihak tuan rumah sudah menunjukka­n kemajuan kerana mempunyai sebuah bangunan sendiri serta Ranau Hakka Food Court milik persatuan.

Beliau berkata, lawatan ke Ranau itu adalah sebagai aktiviti sampingan selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Persatuan Hakka Malaysia di Sandakan.

“Kami berterima kasih dan amat gembira berpeluang berkenal mesra dengan ahli Persatuan Hakka di daerah ini, di mana kami dapat bertukar-tukar idea untuk kepentinga­n persatuan di Brunei dan Sabah khususnya daerah Ranau,” katanya.

Hadir sama ialah Datin Lily Thom (isteri Jimmy) dan mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang juga Penasihat Undang Undang Persatuan Hakka Ranau, Datuk Abidin Madingkir.

Lawatan itu berakhir dengan pertukaran cenderahat­i dan sesi bergambar kenangan.

 ??  ?? ROMBONGAN Persatuan Hakka Brunei merakam gambar kenangan dengan ahli Pesatuan Hakka Ranau. Turut kelihatan, Jimmy (duduk, lima kanan), Abidin (duduk, tengah) dan Chai (duduk, lima kiri).
ROMBONGAN Persatuan Hakka Brunei merakam gambar kenangan dengan ahli Pesatuan Hakka Ranau. Turut kelihatan, Jimmy (duduk, lima kanan), Abidin (duduk, tengah) dan Chai (duduk, lima kiri).
 ??  ?? WILLIAM (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jimmy diperhatik­an Abidin (kiri) dan Chai.
WILLIAM (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jimmy diperhatik­an Abidin (kiri) dan Chai.
 ??  ?? JIMMY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Chai diperhatik­an Abidin.
JIMMY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Chai diperhatik­an Abidin.
 ??  ?? JIMMY berucap mewakili Persatuan Hakka Ranau.
JIMMY berucap mewakili Persatuan Hakka Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia