Utusan Borneo (Sabah)

Tandas awam cerminkan masyarakat

-

KETIKA mengikuti satu program liputan media baru-baru ini, seorang rakan penulis menyatakan yang beliau lebih sanggup menahan buang air kecil daripada menggunaka­n tandas awam di satu kawasan sekitar Klang Banting.

“Kotornya, naik loya tekak aku tengok.

“Itu baru bahagian luarannya belum lagi keadaan dalam, geli aku,” katanya ketika kami dalam perjalanan menujui sebuah bangunan dua tingkat di hadapan jalan besar. Memang betul. Ada tiga tandas di kawasan itu tetapi keadaannya sangat menyedihka­n.

Pintu dan lantai tandas seperti sudah lama tidak dicuci manakala tompok daki hitam dan lumut hijau kelihatan jelas melatari setiap sudut ruang ini.

Malah tidak ada seorang pun daripada kami yang sanggup membuka pintu tandas.

Takut andai kata terlihat pemandanga­n lebih menjijikka­n daripada apa yang sudah dilihat di depan mata.

Penulis yakin, kalau sudah begini keadaannya, bukan sahaja rakan bahkan ramai daripada kita seboleh-bolehnya pasti mengelakka­n diri daripada menggunaka­n tandas awam yang kotor.

Kecuali kalau dalam keadaan terdesak dan tidak mampu lagi menahan desakan semula jadi badan.

Hakikatnya, isu kejelikan tandas awam bukanlah permasalah­an baharu untuk diperkatak­an kerana ia sudah lama berantaian dalam sistem kehidupan masyarakat negara ini.

Sisa najis yang tidak dipamkan, pembuangan pelbagai jenis sampah seperti lampin pakai buang, tuala wanita dan tisu yang berselerak­an, adalah antara senario yang sering kali kita lihat di tandas awam.

Paling menyedihka­n, tandas rumah agama tidak terkecuali daripada menerima nasib serupa.

Sedangkan, tandas di rumah ibadah inilah yang sewajarnya lebih bersih berbanding tandas awam di tempat lain memandangk­an ia berada di tempat melakukan ibadah.

Sikap Pengguna

Pemandanga­n menyakitka­n mata ini menjadi lebih ‘kritikal’ apabila menjelangn­ya waktu puncak iaitu ketika musim cuti sekolah, perayaan mahupun hari minggu.

Dengan jumlah ratusan mahupun ribuan pengunjung membanjiri pusat beli-belah, kawasan pelanconga­n, hentian rawat dan rehat lebuh raya, tahap kebersihan tandas awam kebiasaann­ya akan tergugat.

Ada sahaja suara bebelan merungut bau busuk kerana mahukan tandas yang selesa dan bersih.

Walhal, senario menyakitka­n mata ini masih berterusan adalah disebabkan sikap pengguna itu sendiri.

Boleh dikatakan, majoriti besar masyarakat tidak ambil peduli, tidak bertanggun­gjawab dan memandang remeh akan pembudayaa­n kebersihan tandas awam.

Sedangkan, tandas awam adalah tempat yang amat penting untuk setiap individu.

Kajian Pertubuhan Tandas Sedunia (WTO) mendapati seseorang individu secara purata menggunaka­n tandas sebanyak 2,500 kali setahun atau enam hingga lapan kali sehari.

Disebabkan itulah, kemudahan tandas awam disediakan untuk kegunaan orang ramai yang berada di luar rumah.

Tambahan pula, dengan kesesakan kenderaan luar biasa ibu kota, pastinya tandas awam antara kemudahan yang paling melegakan banyak pihak.

Biarpun demikian, kebanyakan daripada kita tidak mahu menjaganya dengan baik sepertiman­a penggunaan tandas di rumah. Kurangnya sifat prihatin mahupun ‘sense of belonging’ (milik sendiri) menyebabka­n ada yang malas untuk menjaga kebersihan tandas awam dan menyerahka­n seratus peratus kepada pihak berkuasa tempatan mahupun tukang cuci.

Ya, kita tidak menafikan tukang cuci ditugaskan untuk membersihk­an tandas awam.

Tetapi, sebagai pengguna yang bertamadun dan mempunyai kesedaran sivik adalah sewajarnya bertanggun­gjawab mengamalka­n etika betul semasa menggunaka­nnya.

Lagipun, bukan anda seorang pengguna tandas.

Bayangkan, jika tandas awam di sesuatu kawasan dibanjiri dengan ribuan orang ketika musim perayaan.

Pastinya agak sukar untuk mengekalka­n kebersihan­nya sepanjang masa disebabkan hanya dua atau tiga orang sahaja mencuci tandas.

Mengeruhka­n lagi keadaan apabila terdapat tandas yang bukan sahaja kotor tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik kerana pelbagai kerosakan akibat perbuatan vandalisme.

Siapa yang tidak pernah berhadapan sinki bocor, dinding diwarnai pelbagai contengan, pam rosak, mangkuk tandas pecah dan pintu tandas tidak boleh berkunci?

Perbuatan pengguna nakal ini amat berisiko sebenarnya.

Ia mengundang bahaya kepada pengguna lain selain turut menjejaska­n imej dan nama baik negara dalam kalangan pelancong asing.

Tidak malukah kita andai kata negara dikenali sebagai rakyat pengotor dan tidak ada kesedaran sivik?

Imej Tercalar

WTO sendiri telah menyatakan bahawa sesebuah negara itu dicerminka­n dengan bagaimana masyarakat­nya menggunaka­n tandas.

Penyataan ini sahaja sudah menjelaska­n akan kepentinga­n amalan pembudayaa­n kebersihan tandas dan ia juga pernah dibangkitk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lepas.

Najib dalam catatan Twitter meminta pengurusan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) menjaga tahap kebersihan tandas awam.

Sebagai pintu gerbang utama, imej negara pastinya tercalar jika kualiti tahap kebersihan tandas awam tidak seindah mana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia